Hiburan

“Main air je lebih dari basuh keta” – Ayah Elly Mazlein

Elly Mazlein atau lebih familar dengan pangilan Kak Lina pom pom sekarang tengah sibuk untuk pengambaran kg people 2 yang akan di tayangkan tidak lama lagi. Watak Minah selamat di dalam drama tersebut turut menghiburkan semua penonton. Mana taknya gelagat sportan Kak Lina sangat menjadi. Rasanya ramai yang tertunggu tungu sambungan Drama tersebut di tayangkan di TV3.

Dia juga memaklumkan kepada peminatnya yang dia sudah mula shooting selepas berehat panjang oleh kerana pkp sebelum ini. Kak Lina juga sering berkongsi saat bahagianya bersama dengan suami.

Hubungan yang baik antara Cikgu Azlan dan Sara juga turut di kongsikan di dalam ruangan instagram. Nampak sangat manja dan rapat Sara dengan papanya.

Kak Lina memuat naik gambar Sara dan suaminya yang tengah bermain air sambil membasuh kereta membuatkan ramai turut happy dengan kemesraan Cikgu Azlan dan Sara.

Kak Lina meluahkan perasaan bahagianya apabila melihat gambar tersebut yang di kongsikan ayahnya ketika dia tengah berkerja. Menurut Kak Lina juga turut berkongsia perasaannya sering tidak sabar ingin pulang dari kerja kerana ingin berjumpa dengan buah hati suami dan anaknya.

Alhamdulilah hubungan baik papa awan nano bersama sara sangat membahagiakan si kecil itu oleh kerana tidak pernah mendapat perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah dari kecil. Kagum dengan sifat penyayang Cikgu Azlan. Netizen juga turut happy melihat hubungan mereka berdua.

Kak Lina juga sempat bergurau yang kereta nyvi itu adalah keretanya. Sangat bersederhana dan sebelum ini pernah menyatakan yang dia sangat suka pakai myvi untuk keluar. Semoga hubungan baik Cikgu Azlan dan Sara berkekalan sampai bila bila dan semoga Kak Lina dan papa awan nano bahagia sehingga ke syurga.

Sumber : Ig elly mazlein

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.