Hiburan

“Khuzairi kalau kahwin dgn dia ni mmg tak mau dah tgk citer ni” – Netizen

Drama 7 Hari Mencintaimu slot Akasia pernah menjadi fenomena sebelum ini apabila drama tersebut turut viral di laman sosial. Drama yang mengisahkan k0nflik rumahtangga dan keluarga di dalam drama ini turut menjadi bualan warganet di laman sosial. Drama 7 Hari Mencintaimu juga pernah memenangi anugerah dan meraih 6 trofi DFKL. Drama 7 hari mencintaimu 2 tengah di tayangkan di slot akasia tv3.

Gandingan mantap Syukri Yahya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama drama ini, membuatkan ramai ternanti nanti setiap episod. Mana taknya baru episod satu sudah banyak konflik.

Drama yang mengisahkan kehebatan cinta Khuzairi kepada Mia Adriana telah mem4ut hati penonton terus setia menonton sambungan drama ini. Agak agak ramai tak yang cair dengan cara layanan Khuzairi kepada Mia Adriana. Sangat penyayang, lembut dan setiap layanannya penuh dengan cinta untuk Mia.

Jika sebelum ini ramai yang geram dengan Syakila, sambungan kali nampaknya ada juga bakal perampas dan ingin mengoda Khuzairi. Selain Mama Mia yang bakal menjadi pemusnah rumahtangga mereka, kehadiran Nurul Ain juga bakal membuatkan ramai mer0y4n nanti.

Menerusi perkongsian dari instagram dramaadaptasinovel, nampaknya Nurul Ain bakal menjadi menantu kesayangan Mak Leha. Betul ke Nurul Ain bakal berkahwin dengan Khuzairi.

Konflik antara Mia Adriana dengan Mak Leha nampaknya makin pan4s apabila Mia terlalu termakan hasutan Mamanya Haryati. Mia yang merasakan ibu mertuanya terlalu memuji Nurul Ain dan lebihkan Nurul Ain daripada dirinya yang sekarang hamil anak kedua. Agak agak Mia bakal jadi Mia Adriana yang dulu ke.

Kesian Khuzairi tersepit antara ibu dan isteri. Ramai pula netizen mula memberi komen yang pedas untuk drama ini. Konflik rumahtangga Khuzairi dan Mia Adriana turut membuatkan penonton di luar terkesan.

Ramai ke yang follow drama ini, lakonan hebat Syukri Yahya dan Siti Saleha pasti membuatkan ramai akan melekat di depan televisyen isnin hingga jumaat untuk menantikan kesudahan kisah cinta mereka.

Sumber : Ig dramafilemadaptasinovel

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.