Hiburan

Almy kurang sihat, Fizz Fairuz terharu tgk anak sulung pandai jaga adik-adiknya

Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia merupakan seorang pelakon di Malaysia dan pasngan ini telahpun mendirikan rumahtangga pada 2014. Mereka berdua dikurniakan tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan tersebut. Rezeki untuk mendapat anak lelaki belum menyebelahi pasngan ini apabila sekitar bulan Feb dan May tahun ini Datin Almy sudah dua kali keguguran.

Dua hari yang lalu Datin Almy Nadia sekali lagi telah dimasukkan ke hspital kerana mengalami keskitan di peruut akibat batu karang di hmpedu. Dktor sedang meneliti untuk membuat pembdahan l4ser atau makan ub4t sahaja.

Dato Fizz Fairuz yang masih lagi aktif berlakon ini masih lagi terlibat dengan pelbagai penggambaran drama terbaru. Manakala Datin Almy Nadia yang sangat aktif berlakon suatu ketika dahulu kini lebih selesa menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga.

Bukan mudah bagi seorang ayah untuk menguruskan anak-anak tanpa kehadiran ibu. Namun begitu buat anak sulung Dato Fizz Fairuz seolah sudah memahami tanggungjawab sebagai anak sulung perempuan apabila mengambil alih tanggungjawab keluarga semasa ketiadaan wanita yang bergelar ibu itu.

Menerusi Instagram, Datuk Fizz Fairuz memaparkan video yang menunjukkan anak sulung beliau begitu perihatin akan kebajikan adik-adik dan dilihat memimpin tangan seorang adiknya manakala yang seorang lagi pula didukung. Walaupun masih lagi kecil beliau kelihatan sangat berdikari lantas menggalas tugas untuk menjaga kedua-dua adiknya.

Rata-rata netizen juga terharu dengan video yang dikongsikan oleh Dato Fizz Fairuz di Instagram beliau itu. Para pengikut akaun Instagram Dato Fizz juga turut mendoakan kesihatan Datin Almy Nadia dan berharap supaya Datin Almy supaya cepat sembuh.

Tahniah buat Dato Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang telah berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang anak yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga dan juga saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Sumber: Instagram fizzfairuzofficial

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.