Hiburan

Alamak Dato Hans kant0ikan zaman Neelofa takde duit

Ramai yang mengetahui bahawa pasngan selebriti Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah mempunyai hubungan percintaan beberapa tahun yang lalu. Neelofa ketika itu masih lagi baru dalam industri hiburan dan belum berhijrah. Namun akhirnya mereka berdua membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Neelofa seterusnya berhijrah dan telahpun mengorak langkah lebih jauh dengan menjadi seorang usahawan tudung yang sangat berjaya.

Selain daripada menjadi seorang usahawan yang sangat berjaya Neelofa juga telah mengharumkan nama negara dengan membawa jenama beliau ke peringkat antarabangsa. Neelofa juga pernah tersenarai oleh Majalah Forbes 30 under 30 sebagai peneraju dan usahawan yang membawa impak besar dalam bidang yang beliau ceburi.

Juara Dewi Remaja 2009/2010 ini juga aktif sebagai pelakon dan pengacara. Neelofa sebelum ini begitu sinonim dengan Program bual bicara Meletop yang telahpun bersiaran selama hampir 8 tahun. Bagaimanapun Neelofa telah membuat keputusan untuk mngalkan program tersebut demi menjayakan program baru kendalian beliau iaitu Next to Neelofa.

Program yang telah mula bersiaran setiap hari Khamis jam 9 malam itu telah memulakan episod pertama dengan menjemput bekas kek4sih Neelofa sendiri iaitu Datuk Hans Isaac. Mereka berdua kelihatan cukup professional untuk berbual bersama.

Datuk Hans juga berkongsi pelbagai perkara mengenai Neelofa ketika temubual itu dan sempat bercerita mengenai kisah Neelofa yang kekurangan wang ketika ingin memulakan perniagaan suatu masa dahulu. Beliau yang ketika itu masih lagi kekaasih Neelofa memberi pinjam sejumlah wang bagi membantu teman wanitanya itu.

Rata-rata yang menonton episod itu memuji sikap Neelofa yang tidak menyusahkan ibu bapa walaupun berasal dari keluarga berada. Netizen juga kagum dengan persahabatan di antara bekas pasngan kek4sih ini yang masih lagi berhubung secara baik dan juga saling menyokong antara satu sama lain.

Mungkin kerana ini juga lah Neelofa tidak pernah melupakan Datuk Hans yang sudi membantu beliau ketika dalam kesusahan suatu masa dulu. Masih ramai yang mendoakan mereka berdua kembali menjalin hubungan.

Walau apa pun yang berlaku antara mereka, mereka masih lagi bersikap professional dan boleh bekerja bersama. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang boleh mencontohi sikap mereka berdua ini.

Sumber: Instagram lofa.videos

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.