Hiburan

“Kak Ella ni dah berusia pun manja tak ubah langsung, comel sgt..” – Netizen

Ella atau nama sebenar beliau Nor Zila binti Aminuddin ialah seorang penyanyi lagu r0ck yang cukup popular di Malaysia. Beliau dikenali sebagai ratu r0ck di Malaysia. Sebelum beliau menjadi seorang penyanyi, beliau banyak membuat persembahan di kelab malam. Bertitik tolak dari situlah bakat beliau di temui dan di lamar menjadi penyanyi dengan menubuhkan kumpulan Ella dan The Boys.

Pada usia 46 tahun, Ella telah menemui cinta hatinya iaitu Kapten Azhar Husaini Ghazali. Pasngan ini mendirikan rumahtangga pada Julai 2012. Ella membuat keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya pada tahun 2017.

Kehadiran Shanome Az Zahra yang kini berusia tiga tahun menjadi lembaran baru buat Ella dan suaminya. Rutin harian mereka juga berubah sejak mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak setahun lalu.

Hadir ke program bual bicara terbaru kendalian Neelofa, figura ini yang terkenal dengan trademark “Ella rasa” ini sememangnya sangat manja dan mesra dengan semua orang sejak dari dahulu lagi.

Bagaimanapun ketika Neelofa mengajukan soalan mengenai suaminya, Ella kelihatan tersipu malu dan menutup wajahnya dengan bantal membuatkan Neelofa tergelak besar dengan aksi manja Ella itu.

Melihat maklum balas para penonton diruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis juga sangat menyenangi gelagat comel dan manja Ella. Walaupun dirinya sudah berusia namun sifat manjanya langsung tidak berubah.

Comelnya Ella ni kan. Nampak macam sebaya pula dengan Neelofa. Tambahpula dengan sifat manja Ella yang sangat semulajadi sejak dari dulu semakin bertambah comel. Mudah-mudahan kehidupan Ella sekeluarga sentiasa gembira dan bahagia selalu hendaknya.

Sumber: Instagram nexttoneelofa

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.