Setiap ibu bapa pasti mahukan anak mereka punyai sifat yang terbaik dalam kalangan seusia mereka. Punyai seorang anak yang mendengar kata dan menghormati kita adalah antara salah satu sifat yang sangat diidami oleh ibubapa dalam diri anak-anak mereka. Namun, haruslah ibu bapa mengingati sesuatu perkara iaitu segala sifat yang baik dan berbudi bahasa pada seseorang anak itu dapat dididik dan diterapkan ibu bapa itu sendiri secara sedar ataupun tidak.
Kita sebagai ibu bapa juga haruslah menghargai anak-anak kita walaupun mereka belum mengenali erti menghargai. Kerana sifat menghargai itu boleh dididik secara tidak sedar kerana setiap apa yang kita lakukan untuk anak kita akan dilihat oleh mereka dan mereka pelajari dari perbuatan kita. Begitu jugalah pelakon wanita tempatan kita, Emelda Rosemila yang juga dilihat sebagai seorang ibu yang menghargai anaknya walaupun anaknya lakukan sesuatu yang kecil untuknya.
Baru-baru ini, Emelda berkongsi momen beliau dan keluarga menyambut kejayaan anaknya, Edra Rafael, yang berjaya berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan dan sudah mampu untuk solat sendirian tanpa memerluukan sesiapa menemaninya.
Dilihat di dalam video tersebut, Emelda mengucapkan tahniah kepada anaknya itu yang berusia 9 tahun pada tahun ini yang berjaya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan yang lepas dan juga sudah mampu untuk solat dengan sendiri tanpa memerluukan sesiapa menemaninya. Dengan itu, Emelda menghadiahkan Edra sebuah hadiah berupa ‘video game’ untuk anaknya itu.
Selain itu, menurut Emelda, Edra Rafael adalah seorang anak yang lembut hati dan tidak pernah melawan kata ibubapanya dan beliau sangat terharu melihat anaknya dapat mendirikan solat dengan sendiri sehingga Emelda mengalirkan air mata. Bukan itu sahaja, Edra juga seorang anak yang suka memberi kejutan kepada ibunya ketika ibunya sibuk dengan kerja rumah dengan membantu ibunya melakukan juga kerja rumah.
Netizen juga sangat mengagumi sifat anak Emelda itu dan ada juga netizen yang suka melihat reaksi Edra ketika menerima hadiah dari ibunya yang sangat teruja walaupun belum melihat isi kandungan hadiah tersebut.
Walau bagaimanapun sifat anak kita terhadap kita, kita tetap harus menghargai mereka kerana perbuatan kita itulah yang akan membuatkan mereka pelajari apa itu erti penghargaan dalam sebuah kekeluargaan.
sumber : ig emelda rosemila
Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.