Hiburan

“Besar dah anak kita, dari Odah ke Manggis” – Sharifah Shahirah

Siapa sahaja yang tidak mengenali pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah dengan suara celotehnya dan lawak bersahaja yang sentiasa mencuit hati ramai pendengar radio terutamanya di Suria FM. Lebih menggembirakan lagi apabila Sharifah Shahira atau mesra dengan panggilan Shiera ini telah mula bertudung secara menyeluruh. Buktinya, setiap foto dan video yang dikongsi di laman instagram telah menunjukkan Shiera sudah bertudung litup baru-baru ini serta kelihatan semakin cantik berseri.

Selain itu, Shiera yang telah bergelar ibu kepada lima orang anak ini sentiasa kelihatan ‘sporting’ bersama anak-anaknya yang semakin membesar dengan bijak dan aktif. Shiera sering berkongsi gelagat comel anak-anaknya terutama Audrra yang dipanggil Odah menerusi instagram. Gelagat Odah lincah menari menggunakan aplikasi Tiktok sentiasa menjadi tumpuan netizen apabila videonya menari sering dikongsi oleh Shiera sendiri di laman sosial. Siapa sangka, umurnya yang baru mencecah 11 tahun itu mempunyai bakat menari yang cukup hebat.

Lebih menarik lagi, Odah siap berkolaborasi menari bersama Cik Manggis, salah satu ahli kumpulan De Fam dengan menggunakan aplikasi Tiktok. Dengan gaya lincah menari dan rambut mereka nampak sama sekali. Nampaknya Cik Manggis dah ada junior ni….

Video mereka menari bersama telah dikongsi oleh Shiera dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.

“Hantar lah Oddah pergi class Cik Manggis”- Netizen

“Rare rambut odah, sesuai dengan dia sangat”- Netizen

“Comel lah Oddah, sebijik”- Netizen

Cik Manggis juga tidak terkecuali mengalkan komen yang melucukan pada posting Shiera.

Seperti yang ramai ketahui, Oddah mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti baca terbalik, pakai terbalik dan agak ketinggalan dalam pelajarannya. Namun, Oddah mempunyai sikap yang positif, aktif dan bijak. Ia bukanlah penghalang buat Oddah untuk ada bakat menari macam Cik Manggis. Teruskan usaha Oddah, good luck.

Sumber: instagram Shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.