Hiburan

“Yang tak foll0w dan tak tahu tu tak payah lah tulis pilih kasih” – Netizen

Baru-baru ini tular mengenai kisah Abby Abadi yang dikatakan pilih kasih antara anak-anak kerana di laman Instagram beliau kerap memuatnaik gambar bersama anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim. Netizen berpendapat bahawa Abby kelihatan lebih menyayangi anak keduanya itu berbanding dengan anak-anak yang lain. Ramai netizen yang menganggap tindakan Abby itu sebagai tidak wajar kerana sebagai seorang ibu beliau tidak sepatutnya mempunyai sikap pilih kasih diantara anak-anak.

Terdahulu, Abby dan bekas suaminya iaitu pelakon dan pengacara Norman Hakim mempunyai 3 orang anak. Seorang lelaki dan 2 orang perempuan.

Menepis dakwaan netizen tersebut Abby tampil menjelaskan perkara itu melalui muatnaik terkini Instagram beliau. Abby turut berkongsi beberapa keping gambar beliau bersama seorang lagi anak perempuannya.

Menurut Abby lagi menerusi ruangan caption anak-anak beliau masing-masing mempunyai karakter tersendiri dan berlainan perangai. Ada yang suka bergambar dan ada yang kurang gemar bergambar.

Tambahan pula produk yang beliau iklankan tersebut lebih banyak menampilkan anak keduanya iaitu Marissa Dania sebagai model. Perkara tersebut menjadi antara menyebab gambar dan video Marissa Dania yang lebih banyak dimuatnaik oleh beliau.

Abby juga turut memaklumkan bahawa sekiranya ada rezeki dirinya berniat untuk menjual produk bagi setiap anak-anaknya itu dan meminta supaya para pengikut beliau turut sama menyokong pr0duk-pr0duk keluaran beliau nanti.

Rata-rata netizen yang menjadi peminat setia Abby sememangnya mengetahui mengenai karakter anak perempuan Abby yang ketiga tersebut dan turut memahami keadaan Abby. Kebiasaannya setiap anak itu mempunyai katakter yang berlainan dan perluukan cara tertentu untuk bergaul dengan mereka.

Buat yang tidak mengenali diri Abby secara dekat pastinya akan sering tersilap sangka dan menuduh Abby pilih kasih. Mudah-mudahan penjelasan Abby ini akan menjernihkan kembali keadaan.

Sumber: Instagram abby_abadi112

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.