Hiburan

“Sweet sgt ni, cuma jgn sampai tarik tudung dgn Siti Nordiana lah ye” – Netizen

Fikri Ibrahim yang semakin popular tengah melakar namanya di dalam industri pelakonan kini semakin membuatkan ramai anak gadis bergetar hati. Mana taknya, memiliki raut wajah yang tampan sweet dan memiliki personaliti yang baik dan lembut pasti membuatkan ramai wanita cair. Jika dulu, Fikri hanya pelakon tambahan tetapi kini wajahnya sering menjadi hero di dalam drama atau telemovie.

Memiliki bakat yang besar di dalam bidang lakonan Fikri juga menerima banyak offer selain berlakon. Sebelum ini di khabarkan dia tengah sibuk untuk sesi fotoshot bersama Zulin. Gambar dan video sweer Zulin dan Fikri tular di laman sosial melalui perkongsian dari instagram Zulin.

Zulin juga memuat naik gambar berserta status sweet seolah olah pickup line untuk fikri. Siapa yang tengah pikat siapa agaknya kan.

Menerusi perkongsian terbaru Zulin, dia memuat naik gambar sweet Fikri tengah memandangnya dan dia menerima bunga dari Fikri dengan caption ” untuk apa merenung masa lalu, jika masa depan lebih indah ”

Caption tersebut seolah olah memberi gambaran kepada peminatnya yang dia cuba move on dan sedang memiliki cinta yang baru, atau sekadar ayat bersahaja. Sudah banyak kali Zulin memuat naik gambar bersama Fikri.

Rata rata netizen memberi komen positif dan memuji gambar tersebut nampak sangat sweet. Ada juga antara netizen memberi komen supaya Zulin lebih berhati hati, mana taknya takut bergaduh pula dengan Siti Nordiana. Siti Nordiana dan Fikri kan sebelum ini juga sangat rapat.

Ada juga netizen berpendapat Fikri sangat baik dan dengan sesiapa sahaja dia akan rapat dan sweet. Tetapi tidak salah untuk Fikri memilih kan. Dua dua cantik bergaaya. Baik dan sopan bertudung.

Jika di beri pilihan agak agak korang suka Fikri dengan siapa ye, dengan Siti Nordiana atau dengan Zulin. Semoga mereka semua sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. InsyaAllah

Sumber : Ig Zulin Aziz

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.