Uncategorized

“Ustazah pesan suruh pakai handsock, baik ustazah..” – Wan Sharmila

Ternyata watak Sofi dan Helmi di dalam drama akasia 7 Hari mencintaiku 2 telah mendapat tempat di hati penonton. Pasngan ini juga di katakan sangat sweet di dalam drama dan ramai yang berharap agar mereka ada jodoh di luar set. Watak Sofi dan Helmi menjadikan mereka sangat serasi bersama mana taknya mesti akan ada adegan lucu dan sweet mereka berdua. Sering bergurau sering menghargai satu sama lain. Nampaknya watak Mia dan Khuzairi pun sudah tengelam gara gara watak Sofi dan Helmi. Ramai yang suka.

Bukan sahaja rapat di dalam set, Syazwan dan Sharmila juga nampak sangat rapat dan mesra di luar set. Syazwan pula sangat suka menyakat Sharmila nampak serasi sangat. Ramai yang mendoakan agar mereka betul betul bercinta. InsyaAllah kalau ada jodoh tak kemana kan.

Ramai juga yang suka dengan penampilan baru Sharmila yang sangat sopan bertudung dan kini sudah memakain handsock. Perasan tak di dalam drama 7 Hari mencintaimu 2 juga Sofi sentiasa menjaga auratnya dengan baik dan ada juga nampak Sofi memakai handsock.

Menerusi perkongsian Sharmilla dari akaun instagramnya dia memuat naik gambarnya sopan dengan memakai baju kurung dan handsock sempurna menutup aurat apabila sudah belajar memakai handsock kerana pergelangan tangan juga auratkan.

Ramai yang memuji Sharmila sangat cantik dan ada yang memberi nasihat tentang cara menuntup aurat dengan sempurna supaya Lala melabuhkan lagi tudungnya sehingga menutup dada.

Ada juga yang berpendapat tidak perlu memakai handsock jika lengan baju sudah labuh. Tidak mengapa untuk terus istiqomah kena terus terus semangat untuk pakai kan sama ada lengan baju labuh atau tidak.

Alahai jika betul Syazwan ada jodoh dengan Sharmila nampak sepadan sangat. Syazwan juga bertuah kerana Lala sangat pandai menjaga auratnya sebelum kahwin lagi. Lala pun nampak sangat awek muda dan matang. Untung Syazwan jika dapat memiliki Sharmilla kan. Kita sama sama doakan untuk mereka berdua.

Semalam, Sally juga sempat memuat naik video ketika di dalam set pengambaran. Mereka semua tetap nampak rapat dan mesra seperti sebuah keluarga. Nampak happening sangat. Part Syazwan sempat juga rapat rapat dengan Lala dan juga pel0k bahu Lala so sweet.

Sally juga sempat menyakat mereka dengan caption mereka berdua sangat comel. Posting tersebut di balas syazwan seolah olah menyokong caption Sally tetapi Lala membalas dengan caption malu.

Alahai ramai yang sokong hubungan mereka mesti team drama 7 Hari mencintaiku 2 juga suka kenen kenenkan mereka berdua. Semoga Syazwan dan Sharmila sentiasa mendapat tempat di hati peminat dan tolong berlakon sekali lagi berdua mesti best.

Sumber : Ig wansharmila

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.