Hiburan

Nak betulkan bacaan Al Fatihah, Mark Adam belajar dgn Ustaz wlpn sibuk

Mark Adam atau nama islamnya Fikri Mark Adam Abdullah telahpun berhijrah ke Malaysia sejak 2001. Beliau mula dikenali melalui lagu Pencuri pada tahun 2013. Penyanyi kelahiran Filipina ini terus mendapat perhatian di Malaysia kerana mempunyai suara yang unik. Kebanyakkan lagu yang dihasilkan juga merupakan ciptaannya sendiri dan berlainan benar dengan lagu-lagu yang sering diputarkan diradio sebelum ini.

Disebabkan kelainan itulah dirinya pantas mendapat perhatian para penggemar muzik ditanah air. Begitu murah rezeki beliau setelah berhijrah ke Malaysia. Memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian, beliau kini semakin melebarkan sayap sebagai seorang pelawak dan juga pelakon.

Juri program I Can See Your Voice ini juga turut berjinak-jinak dalam bidang perniagaan apabila membuka sekolah vokal yang dikenali sebagai Suara Akademi.

Memuatnaik video beliau sedang belajar memperbetulkan bacaan Al-Fatihah dengan seorang Ustaz, Mark meluahkan rasa syukur kerana hasrat untuk memperbetulkan bacaan beliau itu akhirnya tercapai.

Mark yang juga merupakan mualaf berkata beliau akan teruskan belajar memperbaiki diri. Beliau turut mengucapkan terima kasih buat Ustaz berkenaan kerana telah sudi mengajar beliau.

Kesungguhan Mark untuk mendalami ilmu agama dan memperbetulkan bacaan Al-Fatihah beliau sangat memberikan inspirasi kepada buat orang ramai.

Di sebalik kesibukan beliau dalam memenuhi tuntutan kerjaya dalam bidang seni dan juga perniagaan beliau masih sempat mencuri masa untuk mempelajari Al-Quran.

Memang nampak kesungguhan Mark nak belajar. Justeru itu, sebagai saudara seagama kita perlu menyokong antara satu sama lain. Niat beliau untuk memperbaiki diri itu sangatlah dipuji.

Sumber: markadam1079

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.