Benar kata orang, tidak semestinya jika sudah berpisah tidak boleh menjadi sahabat baik. Buat Fasha Sandha, hubungan beliau dan juga bekas suami iaitu Jejai masih lagi baik dan perkara tersebut terbukti apabila mereka berdua berlapang dada dan bersikap terbuka di antara satu sama lain bagi memudahkan urusan penjagaan anak secara bersama.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai. Hasil daripada perkahwinan tersebut Fasha dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
Mengambil keputusan untuk berpisah dengan Jejai pada tahun 2016, Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.
Jika sebelum ini Fasha pernah berkongsi gambar menyambut hari lahir anak sulung iaitu Putra Rayfal Ramli bersama Jejai. Kali ini sempena kelahiran anak pertama Fasha bersama Aidil iaitu Aisha Amaira, Jejai telah hadir bagi menghantar anak-anak mereka ke sana.
Muatnaik tersebut telah menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan sebak dengan sikap Jejai dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh keluarga ini.
Tidak semua orang boleh terbuka hati untuk berbaik seperti mereka. Bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.
Mereka juga cukup mengagumi sikap Aidil yang tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap Rayfal dan Raysha. Ramai yang mendoakan semoga Aisha membesar menjadi anak yang solehah.
Keharmonian keluarga ini membuatkan orang ramai kagum dengan sikap mereka yang berdamai dan saling bergembira dengan kebahagiaan bekas pasngan. Kata netizen lagi keluarga Fasha juga sangat memberikan inspirasi seperti keluarga Norman dan juga Abby.
Orang kata perkara yang lepas jangan dikenang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mereka berdua sudahpun meneruskan kehidupan masing-masing. Syabas Fasha kerana menjadi contoh buat netizen di luar sana. Walaupun jodoh tidak panjang namun kebajikan dan kebahagiaan anak-anak tetap diutamakan.
Sumber: Instagram fashasandha
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.