Uncategorized

Sanggup pakai tudung Arwh Isteri semata mata ingin buat anak happy

Sesiapa sahaja tidak boleh kuat jika kehilangan seseorang yang di sayangi dengan keadaan yang mengejut. Begitu juga yang terjadi kepada saudara Syazwan Najmi yang terpaksa kuat mengharungi hari hariannya tanpa isteri tercinta. Dia juga terpaksa memikul tangungjawab besar menjaga anak anaknya tanpa isteri. Isterinya Siti Nur Nasuha Shafie meningg4l dunia selepas melahirkan kembar mereka beberapa bulan lepas. Kelahiran anak sulung dan kembar turut memberi risiko kepada isterinya.

Kembar Medina Sofiya dan Medina Safiya semakin membesar dengan sihat dan nampak semakin tembam. Alhamdulillah Syazwan dapat memikul tanggungjawab besar ini dengan sangat baik dan kuat. Menurut Syazwan, keluarga dari kedua dua belah pihak turut membantu dia untuk membesarkan si comel ini.

Dia lah ibu dia lah ayah, turut membuatkan ramai yang sebak apabila menonton video yang di kongsiakan Syazwan di ruangan instagram miliknya semalam. Dia memuat naik video dia memakai tudung dan berusaha membuatkan kembarnya Sofiya dan Safiya tersenyum dengan gelagatnya. Video dia memakai tudung turut membuatkan ramai kagum dengan semangatnya berusaha menjadi seorang ibu.

Alahai comel sangat Sofiya dan Safiya ni. Sudah besar, makin comel makin tembam. Safiya dan Sofiya nampak seolah olah pelik mungkin dia masih keliru kenapa wajah ayahnya tetapi pakai tudung. Alahai comel sangat reaksi mereka berdua kan.

Syazwan juga meluahkan tentang perasaannya terhadap si comel ini, dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anak anaknya happy dan dia juga sanggup jadi apa sahaja demi anak anaknya. Sungguh hebat semangatnya.

Syazwan juga ada meluahkan perasaan rindunya kepada arw4h isterinya di dalam instagramnya. Semestinya arw4h seorang isteri yang sangat baik sehingga berjaya buat suaminya seteguh itu.

Rata rata netizen juga meluahkan perasaan happy dan kagum melihat semangat Syazwan dan ada juga yang memuji kecomelan si kembar ini dan juga turut memurah hati untuk menderma segala kebajikan si kembar ini jika Syazwan tidak mampu.

Ternyata ramai yang sayangkan Sofiya dan Safiya seperti mana ramai yang sayangkan ibunya. Mungkin si kembar ini kehilangan kasih sayang seorang ibu kandung tetapi dia sangat bertuah ramai yang prihatin dan sayangkannya. Memiliki seorang ayah yang berjiwa besar dan kuat, bertuah betul si kembar ini kan.

Moga semangat dan hati Safiya dan Sofiya turut kuat seperti ayahnya dan semoga membesar menjadi anak yang baik solehah untuk ibu di sana dan untuk ayah, InsyaAllah. Sama sama kita doakan agar Syazwan juga kekal kuat demi anak anak.

Sumber : IG mie7637

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.