Hiburan

“Tiba masa utk move on, kami semua bersama kamu” – Ibu Ashraf Sinclair

Walaupun sudah hampir 5 bulan Arw4h Ashraf Sinclair telah pergi mngalkan keluarga namun kehadiran Arwh Ashraf Sinclair sehingga kini masih lagi dirasai. Ibu Ashraf Sinclair iaitu Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Umi telah berada di Indonesia selama lebih kurang 3 bulan untuk menemani Bunga setelah anaknya itu pergi secara mengejut. Pemergian Ashraf pada pertengahan bulan Februari yang lalu dipercayai akibat ser4ngan jntung.

Sepanjang pernikahan Bunga dan Ashraf, pas4ngan yang cukup romantis itu tidak pernah mempunyai kontr0versi besar yang melanda hubungan mereka berdua. Pemergian arwh Ashraf Sinclair dalam jangka masa yang sangat cepat mngalkan kesan yang amat mendalam buat Bunga Citra Lestari.

Baru baru ini Bunga telah pun melancarkan sebuah lagu baru yang berjudul 12 Tahun Terindah. Lagu tersebut ditujukan khas buat bekas suaminya. Melalui bait-bait lirik lagu yang cukup indah itu Bunga menyemadikan kenangan beliau ketika menjalani kehidupan bersama Ashraf.

Bunga dilihat masih lagi terkesan dengan pemergian Ashraf dan meratapi pemergian suaminya itu. Melihat keadaan tersebut, ibunda Ashraf memberikan kata-kata semangat buat Bunga.

Melalui Instagram, Ibu Ashraf berkata 12 tahun tersebut mungkin merupakan hadiah terindah daripada Allah buat Bunga dan anaknya. Beliau turut mendoakan Bunga supaya diberikan petunjuk oleh Allah, terus kuat dan tabah, gembira dan sentiasa bersyukur, ibu Ashraf berkata lagi sudah tiba masanya untuk Bunga teruskan hidup beliau tanpa Ashraf.

Selaku ibu, beliau dan keluarga di Malaysia akan sentiasa bersama Bunga untuk mengharunginya bersama-sama. Ibu Ashraf juga turut mengucapkan tahniah kerana berkongsi dan menghargai tempoh masa tersebut bersama mereka sekeluarga.

Alangkah bertuah Bunga mendapat seorang ibu mertua yang sangat mulia dan baik hati. Kasih sayang ibu Ashraf dilihat sangat ikhlas terhadap Bunga sehingga ramai yang menyedari perkara berkenaan.

Lagu 12 tahun terindah telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada para peminat kerana mereka juga turut merasai kesedihan yang dialami oleh Bunga. Namun ramai mendoakan Bunga supaya lebih kuat dan tabah dan mengharungi keadaan tersebut. Mudah-mudahan Bunga akan terus berjaya dalam kehidupan dan yang paling penting Bunga bersedia teruskan hidup tanpa terus meratapi Ashraf lagi.

Sumber: Instagram dida_sinclair

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.