Feeya Iskandar atau lebih popular dengan nama Cik Piah ini merupakan seorang penyampai radio di Suria Fm. Pemilik nama Nor Shafiza Binti Iskandar Azizan iaitu anak kelahiran Pasir Gudang, Johor merupakan seorang penyampai radio, pelakon dan juga pengacara di Malaysia. Penyampai radio bermulut becok ini juga mempunyai pengalaman luas sebagai penyampai radio di beberapa buah stesen radio sebelum ini. Antaranya ialah Era FM dan juga Sinar Fm di samping Salleh Yaakob.
Selesa bekerja bersama Suria FM, Cik Piah kini mengendalikan segmen Muzik Top Suria pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 1 petang hingga 3 petang. Beliau juga sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan produk kosmetik beliau sendiri iaitu Urban C0smetic.
Dikenali ramai sebagai seorang yang kuat berceloteh dan ceria, baru baru ini Cik Piah ada memuat naik video kepayahan beliau untuk menyebut perkataan PENULARAN. Berulang-ulang kali Cik Piah cuba menyebut perkataan yang betul tapi yang jadi PENULALAN.
Dah macam pelat cina dah bunyinya. Susah betul nak menyebutnya. Keras sungguh lidah Cik Piah kite ni. Korang pun mesti ada kan perkataan yang korang susah betul nak sebut. Ambil masa juga nak mendapatkan sebutan perkataan yang betul. Yelah mana tidaknya jika lain perkataan yang disebut lain pula maksudnya nanti.
Netizen ni memang suka menyakat. Sengaja di ulang banyak kali supaya Cik Piah tak dapat sebut perkataan Penularan tu. Ada pula yang suruh Cik Piah masuk belajar tadika balik nak belajar menyebut perkataan. Kesian sampai Stress Cik Piah dibuatnya tak dapat sebut perkataan Penularan tu. Terbelit-belit lidah Cik Piah nak sebut.
Alahai sabar jela Cik Piah. Kita yang dengar ni pun berbelit sama lidah ni rasa geram nak betulkan sebutan Cik Piah tu. Hahaha apa pun memang lawak la Cik Piah ni. Semoga Cik Piah terus sukses dalam kerjaya Cik Piah yaa.
Sumber : Instagram feeyaiskandar
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.