Hiburan

“Sweetnya gambar Cik B dalam dompet Mama” – Cik B

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal produk Qu Puteh iaitu Dato Seri Vida. Gelak tawanya sahaja sudah menjadi trademark untuk membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan mengenali pemilik suara tersebut. Dato Seri Vida juga seorang yang mempunyai karakter yang kelakar dan sempoi. Kerjayanya sebagai seorang usahawan membuatkan dirinya sering menjadi tumpuan orang ramai.

Dato Seri Vida mempunyai dua orang anak iaitu Kacak dan juga Cik B. Walaupun sering sibuk dengan urusan perniagaan namun kasih sayang ibu tunggal ini buat kedua orang anaknya sangat menebal dan tidak pernah berbelah bahagi. Kedua-dua anaknya kini sudahpun membesar dan meniti alam remaja.

Semenjak kembali bergelar ibu tunggal Dato Seri Vida kini meluahkan sepenuh kasih sayangnya buat anak-anak tercinta.

Menerusi twitter CikB, beliau berkongsi sebuah video dimana memaparkan kejutan Dato Seri Vida buat dirinya. Pada permulaan video, Dato Vida ingin menunjukkan sesuatu kepada Cik B. Berminat untuk tahu, Cik B sudahpun bersedia untuk mendengar. Dato Vida seterusnya menunjukkan gambar passport milik Cik B di dalam dompet miliknya.

Cik B kelihatan terharu dengan pendedahan yang dibuat oleh ibunya itu. Warga twitter turut membuat ciapan semula mengenai perkongsian Cik B dan memuji sikap Dato Vida yang sangat menyayangi anak-anaknya.

Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh Dato Vida buat anak-anaknya begitu menyentuh hati para netizen. Begitu besar kasih sayang seorang ibu buat anak-anak.  Semoga Cik B dan juga Kacak tidak akan lupa untuk membalas jasa Dato Vida dalam membesarkan mereka apabila dewasa suatu hari nanti. InsyaALLAH.

Sumber: twitter cikb havoc

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.