Jarang sekali kita lihat kanak-kanak kecil mempunyai kebolehan bertutur dalam loghat utara. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakkan anak-anak artis tempatan dilihat fasih berbahasa Inggeris. Namun, siapa sangka anak perempuan kepada Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana petah bercakap dengan loghat utaranya. Wajah Aaisyah yang jelas sekali mempunyai d4rah kacukan pun pandai berbicara dalam bahasa utara tau..
Aaisyah juga sentiasa menjadi perhatian ramai memandangkan satu-satunya anak perempuan kepada Che Ta ini pandai bergaya sama seperti ibunya. Orang kata “mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” kan..
Menerusi posting Instagram Aaisyah, sebuah video telah dimuatnaik dan ditonton sehingga 48,000 tontonan. Video tersebut menunjukkan gelagat Aaisyah berbicara dalam loghat utara sambil dirakam oleh ibunya sendiri.
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan memuji Aaisyah kerana sentiasa petah berbahasa melayu dan sering menggunakan bahasa melayu dalam rutin hariannya.
Menurut dakwaan netizen lagi, kebanyakkan anak-anak artis di Malaysia sering berdialog dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa tempatan.
Berbeza dengan Aaisyah, anak comel ini sentiasa petah berbahasa melayu setiap kali videonya dimuatnaik di Instagram. Tidak dinafikan, Aaisyah antara anak selebriti Malaysia yang menjadi kesukaan ramai.
Sementara itu, sebahagian netizen turut memuji wajah comel Aaisyah yang berd4rah kacukan ini.
“Comel lah Aaisyah ni, geram”- Netizen
“Pak hang tu yang win hahaha” -Netizen
Dalam pada itu, akaun Instagram Aaisyah telah mempunyai seramai 1.5 juta pengikut. Aaisyah telah menjadi tumpuan netizen sejak dari bayi sehingga kini yang sudah berusia lima tahun.
Loghat utara Aaisyah pekat betul, hebat betul si Aisyah cakap utara macam mak dia. Comel sangat
Sumber: Instagram Aaisyahdhiarana111
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.