Umum

“Bagus dapat suami macam ni, dpt terima anak kita dgn baik walaupun anak tiri” – Netizen

Kadang kala ia bukan mudah untuk menerima orang baru dalam hidup kita. Sama juga konsepnya untuk seorang anak menerima seorang ibu atau bapa yang baru dalam keluarga. Itu juga termasuklah untuk seseorang itu menerima seseorang anak tiri itu sebagai anak sendiri. Namun, dalam dunia ini sebenarnya wujud orang-orang yang penyayang dan menerima seseorang anak itu tak kira anak angkat ke atau anak tiri sebagai anak mereka sendiri.

Seperti sudah diketahui, suami Elly Mazlein dilihat sangat romantik bersama Elly. Beliau yang bekerja sebagai guru sekolah dilihat juga sangat mesra dengan kanak-kanak terutama sekali anak Elly Mazlein, Sara Sephia. Dilihat juga Sara dan Papa Awan Nanonya itu saling menyayangi antara satu sama lain.

Baru-baru ini, Elly Mazlein ada berkongsi momen beliau sekeluarga bercuti sambil menyambut hari ulang tahun kelahiran Sara Sephia yang ke-4 di St. Regis Resort di Langkawi.

Dilihat didalam gambar kongsian Elly Mazlein itu, suaminya sedang bermandi manda bersama anak perempuannya. Terserlah disitu betapa akrabnya Sara Sephia dengan Papanya. Terlihat juga disitu bahawa suami Elly, Muhammad Azlan, sangat senang mesra bersama kanak-kanak.

Para netizen semua kagum melihat keakraban Papa Awan Nano dan Sara Sephia. Ada juga yang memuji Elly Mazlein sangat bertuah punyai seorang suami yang melayan anaknya seperti anaknya sendiri.

Semoga perkahwinan kedua Elly Mazlein dan pas4ngan berkekalan hingga ke akhir hayat dan menjadikan Sara seorang anak yang hebat dan solehah.

sumber : ig ellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa 0kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *