Hiburan

“Sedihnya tengok anak2 dah tak boleh ckp bahasa melayu” – Netizen

Keluarga bahagia bagi psangan Que Haidar dan Linda Jasmine sentiasa menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila Que sering berkongsi foto serta video bersama dua orang anak perempuannya. Kedua-dua anak perempuan Que yang dikenali sebagai Ratu dan Cleo popular dalam kalangan netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat cantik persis ibunya yang berdrah kacukan.

Ratu dan Cleo kini membesar dengan sihat dan semakin cantik. Malah kedua-duanya begitu fasih berbahasa inggeris dan kelihatan bijak. Mereka yang mempunyai hubungan rapat bersama bapanya sentiasa kelihatan bahagia bersama. Untung Que dapat anak-anak perempuan yang cantik sangat.

Baru-baru ini, Que telah berkongsi sebuah video momen istimewa di laman instagramnya bersempena Hari Bapa. Dengan berbekalkan bahan-bahan masakan tajaan YouMasak, Que kongsikan momen memasak menu Spagheti Aglio Olio bersama Ratu dan Cleo.

Gelagat anak-beranak ini menerusi video tersebut ternyata menghiburkan ramai netizen. Mata-mata netizen juga lebih tertumpu kepada penampilan Ratu dan Cleo yang begitu cantik sekali.

“Cantiknya anak-anak, suka tengok”- Netizen

“Hahaha comelnya ratu dengan cleo”- Netizen

“Cantik2 anak Que”- Netizen

Salah satu komen oleh netizen menjadi perhatian sehingga mendapat komen balas dari Que sendiri. Netizen tersebut mendakwa anak-anak Que tidak fasih berbahasa melayu dan hanya bercakap dalam bahasa inggeris menerusi video yang dikongsi Que.

Namun, Que sendiri menjelaskan bahawa anak-anaknya masih fasih berbahasa melayu dan meminta netizen untuk tidak menilai anak-anaknya melalui video berkenaan.

Komen balas oleh Que telah mendapat sokongan daripada sebahagian netizen.

Dalam pada itu, video Que bersama anak-anaknya itu telah ditonton sehingga 47,000 tontonan dan menerima pelbagai respond daripada netizen menerusi ruangan komen. Ratu dan Cleo masing-masing sudah menjangkau usia 9 dan 7 tahun.

Untuk Que, sabarlah ye dengan sesetengah netizen ni. Netizen pun janganlah kerja nak mengecam orang je. Kadang-kadang dalam video tak sama dalam kehidupan realiti. Sebenarnya ada je video anak-anak Que Haidar bercakap bahasa melayu, fasih aje…

Sumber: instagram The_haidars

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.