Siapa tak kenal lagi dengan gerangan “hot mommy” yang seorang ni. Nama yang sudah terkenal lama dalam industri hiburan, Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih mesra disapa dengan nama Nora Danish ini pasti diminati ramai mereka diluar sana. Mesti ramai yang masih ingat dengan lakonan comel Nora dalam drama bersiri Puteri yang meletakkan dirinya sebagai watak utama dalam drama tersebut yang seterusnya telah menjadikan dirinya sebagai seorang pelakon yang mula dikenali ramai.
Pernah mengalami keretakan rumah tangga yang telah dibina selama dua tahun, perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai telah sampai ke penghujungnya dan dikurniakan seorang putera sulung Nora yang bernama Putra Rayqal. Setelah hampir 8 tahun bergelar ibu tunggal, dia akhirnya berkahwin dengan Nedim Nazri dan menerima putera kedua yang comel bernama Mohamed Neqayl Nedim. Nora Danish kini juga dilihat semakin cantik, berseri dan bahagia walaupun umur sudah hampir mencecah 40 an.
Nora telah berkongsi beberapa video dan fotonya yang sedang berseronok bercuti di Langkawi bersama rakan-rakan tanpa keluarga di sisi di laman Instagramnya. Perkara ini telah membuahkan rasa marah dalam diri suaminya itu kerana cemburu terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta bersama anak-anak di rumah. Ap4tah lagi melihat gambar isteri yang sedang bergembira bersama rakan-rakan tanpa dirinya. Begitulah perasaan yang sedang dihadapi oleh Nedim pada ketika ini.
Walaupun komen yang diberikan oleh Nedim berbaur sinis dan marah terhadap Nora, tetapi itu semua hanyalah gurauan semata terhadap isteri tersayangnya itu. Mengakui berjauhan dan harus memasak untuk ketiga orang anaknya di rumah itu sangat menghiburkan netizen dengan mengingatkan Nora agar dia tidak lupa bahawa dia merupakan seorang ibu dan bukan bujang.
Kalau tidak berjauhan dengan isteri, pasti ramai yang masih tidak tahu bahawa Nedim juga seorang yang pandai memasak.
Beruntung Nora dapat suami yang memahami dan memberikan kebenaran untuknya meluangkan masa bersama rakan-rakan. Komen Nedim pada gambar yang dimuatnaik Nora itu telah mendapat perhatian para netizen dan juga di balas oleh Nora dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah melupakan suami dan keluarga di rumah.
“Takkan lupa sayang. Selalu dalam ingatan dan hati sanubari” – Nora danish.
Seronok lihat keluarga besar Nora Danish dan Nedim bersama anak-anak mereka yang lain. Walaupun di antara mereka hanyalah anak tiri, tetapi Nora dan Nedim sendiri tidak pernah membezakan dan sentiasa melayani anak-anak mereka dengan kasih dan sayang yang sama.
Sumber: Instagram Nora Danish
Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.