Hiburan

“Pegang haiwan tak geli, uri anak geli” – Netizen

Bonda Rozita Ibrahim dikenali sebagai seorang usahawan. Beliau yang merupakan ibu kepada tujuh orang anak ini mempunyai produk dan perniagaannya sendiri iaitu Jamu Ratu Malaya dan juga Rumah Hutan. Bonda Rozita memulakan langkah dalam dunia perniagaan selepas bercrai dengan suaminya yang pertama. Beliau mengasaskan jenama Sendayu Tinggi yang kini diserahkan kepada anak sulungnya iaitu Noor Hayati. Datuk Seri Alif Syukri mengikuti jejak langkahnya bergelar usahawan dengan menubuhkan jenama Dโ€™Herbs.

Bonda kini mempunyai keluarga baharu bersama suami keduanya dan mempunyai beberapa orang anak yang juga merupakan adik beradik tiri kepada Datuk Alif Syukri dan juga Noor Hayati. Baru-baru ini anak lelakinya yang bernama Ajiem telahpun selamat menimang cahaya mata.

Disamping bergiat aktif sebagai seorang usahawan, Bonda Rozita juga merupakan seorang blogger dan sering berkongsi pengalaman hidupnya dengan orang ramai. Beliau banyak berkongsikan ilmu mengenai kehidupan menerusi video-video beliau.

Beliau berharap supaya video yang beliau kongsikan itu bakal memberikan manfaat dan kebaikan agar menjadi dapat membimbing orang ramai.

Menerusi muatnaik terkini Bonda di Instagram, beliau berkongsi sebuah video memaparkan anak lelakinya yang mesra di sapa sebagai Ajiem belajar membasuh uri daripada suaminya. Anak lelakinya itu baru sahaja bergelar bapa dan masih memerluukan bantuan untuk belajar membasuh dan menanam uri bayi sulungnya itu.

Ajiem yang juga merupakan seorang penjual haiwan eksotik menghadapi sedikit masalah untuk menguruskan uri anaknya itu walaupun sering bermain dengan haiwan eksotik namun beliau masih tetap tidak selesa untuk memegang uri anaknya itu.

View this post on Instagram

cerita kisah family sy yg Si Osah sambil merakam moment Ajim tanam uri , dady marah2 sayang pd Ajim, ada org dekat tak nak tanya , alasan google ada ..Sy citer kat Odah Nama org dulu pelik, Jawab Odah nama atok sy mentol ๐Ÿ‘๐Ÿฟ๐Ÿ‘ณ๐Ÿฟโ€โ™€๏ธ๐Ÿ˜‡๐Ÿ‘ฎ๐Ÿฟโค๏ธ๐Ÿ˜…๐Ÿคช . . โ€œ full video bumi ratu chanellโ€ sambil belajar tanam uri cara yg mudah dn xlanggar syariat . . Selepas bersalin sy pesan kat ajim, uri tu simpan kat dalam peti ais hosp tu, supaya xbusuk.. Nantj sampai kat rumah belajar dngn daddy cara nak bersihkan uri dna tanam uri . Sampai je di rumah kami terus suruh Ajim bersiap , sy dah pesan minta suami sy ajar si ajim ni bersihkan uri.. . perangai anak2 muda ketawa campur geram.. bebel2 sy..!! Wajar kena bebel , geli lah apa lah..jngn kawin je seronok , yg pandai ..nak uruskan hal agama dn kebajikan lain anak isteri sendiri kena pandai gak . . Perjalanan masih jauh kedepan..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Gelagat Bonda Rozita yang menasihati anaknya itu menarik perhatian netizen. Para pengikut akaun Instagram beliau juga turut berkongsi pengalaman yang sama semasa mula-mula menimang cahaya mata dahulu.

Mereka turut berterima kasih kepada bonda Rozita kerana sudi berkongsi cara-cara untuk membasuh dan menanam uri dengan mudah dan patuh syariat itu menerusi Instagram dan saluran y0utube milik beliau.

Masih ramai yang tidak mengetahui cara-cara membasuh dan menanam uri dengan betul. Semoga video yang dikongsikan oleh Bonda Rozita ini dapat memberikan manfaat buat orang ramai. Mudah-mudahan ramai yang sudah boleh mempraktiskan membasuh dan menanam uri anak sendiri selepas ini.

Sumber: Instagram bondarozitaibrahim

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.