Hiburan

Pinjam barang adik beradik, komen neelofa cuit hati netizen

Ameera Khan merupakan adik kepada selebriti terkenal Neelofa. Nama beliau mula meningkat naik kerana mempunyai saluran Y0utube yang diberi nama Little Miss Khan. Selain mempunyai saluran youtube sendiri, beliau juga aktif di Instagram dan memperoleh gelaran sebagai Influencer. Menjadi adik kepada selebriti terkenal seperti neelofa membuatkan dirinya juga sering menjadi tumpuan media.

Sudah menjadi kebiasaan dalam hubungan kekeluargaan dan adik beradik untuk saling meminjam barangan antara satu sama lain. Apaatah lagi pakaian dan juga barangan peribadi seperti jam tangan, minyak wangi dan juga barangan perhiasan.

Buat keluarga Neelofa, beberapa orang ahli keluarganya sememangnya dikenali umum sebagai ahli perniagaan dan juga influencer seperti ibu dan adik beradiknya.

Menerusi akaun Instagram terkini Ameera, beliau telah memuatnaik beberapa keping gambar aktiviti harian beliau keluar membeli barangan dapur untuk memasak. Gambar tersebut juga menunjukkan dirinya memakai beberapa pakaian, beg dan aksesori berjenama.

Menariknya, perkongsian Ameera itu telah menarik perhatian netizen apabila Neelofa mngalkan komen yang mencuit hati dengan merujuk kepada barangan yang dipakai oleh adiknya itu sebenarnya adalah kepunyaan dirinya.

Memang kelakar pula jadinya apabila kedua adik beradik itu saling berbalas komen di ruangan komen Instagram milik Ameera itu. Para netizen terhibur melihat gelagat mereka  berdua.

Ingatkan golongan yang biasa macam kita sahaja yang suka pinjam barangan adik beradik tetapi rupanya mereka yang berada pun mempunyai tabiat yang sama. Memang rapat sungguh hubungan mereka berdua ni sebagai adik beradik siap boleh pinjam barangan peribadi macam baju dan bag.

Sumber : Instagram littlemisskhan

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.