Hiburan

“Bukan main lentik lagi Aafiyah gelek menari lagu hindustan”

Siti Aafiyah Khalid anak kepada penyanyi Nombor satu negara Siti Nurhalizan dan Datuk Khalid Jiwa semakin di kenali dan popular di laman sosial. Siti Aafiyah bukan sahaja di kenali sebagai anak kepada selebriti terkenal tetapi gelagat bijak Aafiyah sering mencuri perhatian netizen di instagram membuatkan Aafiyah juga turut mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Siti Aafiyah semakin membesar dengan bijak hasil didikan Tok ti sendiri dan pengasuhnya. Aafiyah memiliki perwatakan seperti ibunya, nampak sangat peramah, murah dengan senyuman dan sangat periang. Gelagat Aafiyah sering mencuri perhatian peminat ibunya.

Setiap hari pasti ada video comel Aafiyah yang di kongsikan oleh team Tok Ti dan juga pengasuhnya. Menerusi perkongsian video di instagram milik Aafiyahkhalid, gelagat Aafiyah yang menari lagu hindustan mencuit hati pengikutnya. Rata rata turut terkejut dengan gelagat spontan Aafiyah menari nampak macam penari profesional pulak.

Alahai, pandai pula Aafiyah menari ikut rentak sambil angguk anggukkan kepalanya dan berlari lari. Part Aafiyah gelek paling win nampak sangat mahir menari.

Bukan main gelek lagi Aafiyah ikut rentak. Bukan sahaja pandai menari, Aafiyah juga sangat suka menyanyi seperti ibunya. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Gelagat comel Aafiyah menari turut mendapat komen positif daripada peminatnya dan pengikutnya. Rata rata sangat terhibur dan memberi komen yang Aafiyah sangat menghiburkan.

Bukan sahaja bijak comel , Aafiyah juga sangat petah bercakap dari usianya. Memiliki kekayaan dan populariti paling berpeng4ruh di Malaysia tidak membuatkan Tok Ti lupa tentang kesederhaan dalam mendidik Aafiyah.

Ternyata ramai yang senang dan puji cara didikan Tok Ti untuk Aafiyah. Seperti mana ramai yang senang dan suka ibunya begitu juga dengan Aafiyah. Tidak mustahil nanti Aafiyah sudah besar turut popular sama seperti ibunya.

Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang baik, penghibur hati ibu ayah, berjaya dunia akhirat.

Sumber : Ig Aafiyahkhalid

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.