Hiburan

“Nangis kita wak, gugur air mata jantan saya”

Drama akasia sememangnya sering menjadi trending di laman sosial sama ada di faceb0ok twitter mahupun instagram. Kebanyakkan drama yang di tayangkan di akasia juga adalah dari adaptasi kisah novel popular dari penulis terkenal. Sudah beberapa minggu drama 7 Hari mencintaimu 2 ini trending dan mungkin sekali lagi menjadi fenomena seperti mana sebelum ini.

Memaparkan barisan pelakon yang hebat turut menjadikan drama ini di minati ramai. Jika sebelum ini penulis menekankan tentang kisah cinta Khuzairi dan Mia Adriana kali ini untuk sambungan ini lebih kepada k0nflik keluarga.

Selain watak utama yang menjadi perhatian watak sampingan antara Sofi dan Helmi turut menarik perhatian netizen dari episod awal hingga kini. Konflik rumahtangga antara Helmi dan Sofi turut membuatkan ramai mengalirkan air mata.

Jika sebelum ini Sofi menangis ter0k kerana Helmi craikannya untuk episod kali ini dia sangat sedih kerana dia terpaksa berkahwin dengan jejaka yang dia tak cintai. Setiap kata kata Sofi di dalam drama ini boleh membuatkan ramai lelaki di luar sana sentap.

Mana taknya kebanyakkan lelaki di luar sana sangat mudah untuk menyakitkan hati perempuan dan ambil remeh terhadap semua perkara terutamanya hal rumahtangga. Watak Helmi ini sangat ramai wujud di luar sana manakala watak sofi juga turut ramai wanita bergelar isteri telah lalui.

Watak Sofi dan Helmi sangat dekat dengan hati penonton. Mana taknya terlalu ramai pencraian di luar sana melibatkan hal remeh seperti itu. Ramai ke yang sedih di luar sana? Melalui perkongsian instagram Wan Sharmila dia berkongsi kerata video drama tersebut dan menanyakan ramai ke yang ternangis untuk episod hari ini.

Rata rata netizen turut sedih dan terkesan dengan watak sofi di drama mencintaimu 2. Selain dari watak sedih mereka berdua ramai juga yang suka watak sweet Helmi dan Sofi, nampak serasi bersama sorang lembut sorang lagi keras kepala. Banyak juga adegan kelajar mereka berdua turut mencuit hati penonton.

Semoga drama 7 hari mencintaimu 2 akan memberi pengajaran yang baik untuk semua sama ada watak Khuzaira dan Mia Adriana Sofi dan Helmi bahkan watak Mak Leha. Nantikan kesudahan hubungan Helmi dan Sofi di dalam sambungan drama ini setiap isnin hingga Jumaat di TV3.

Sumber : Ig wansharmila dan dramafilemadaptasinovel

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.