Hiburan

“Nak buat scene ni susah tau, bergelak je wei kite orang” – Sherry Alhadad

Populariti jejaka kelahiran Korea Selatan, Jang Han Byul semakin meningkat selepas bertanding menerusi program realiti Big Stage 2019. Suara power Han Byul sekaligus telah melayakkan dirinya bergelar juara sewaktu pentas akhir program berkenaan. Jika disingkap kembali momen Big Stage yang telah menjadi perhatian ramai sebelum ini, Han Byul sering diusik kononnya menjalin hubungan mesra bersama pengacaranya, Sherry Al-Hadad.

Keserasian mereka bersama telah membuatkan ramai peminat mula teruja dengan ‘kisah cinta’ mereka dan sentiasa mengikuti perkembangan psangan serasi ini. Ada saja usikan dari peminat-peminat buat mereka berdua.

Malah, baru-baru ini Sherry berkongsi video di instagram miliknya yang memaparkan di sebalik tabir babak lakonannya bersama Han Byul menerusi teleraya Aku Benci Kpop. Perkara melucukan terjadi apabila Sherry dengan tidak sengaja gelak besar ketika lalui babak romantik yang dilakonkan bersama Han Byul.

Keseraian mereka berdua menerusi video yang dikongsi Sherry telah mencuri tumpuan netizen sehingga ditonton hampir 130,000 tontonan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Rata-rata netizen kelihatan terhibur dengan gelagat mesra Sherry dan Han Byul daripada video berkenaan. Pelbagai reaksi di ruangan komen sehinggakan ramai teruja untuk melihat Sherry dan Han Byul menjalin cinta secara realiti.

“Mungkin mereka jodoh bersama”- Netizen

“Comel je korang berdua ni kahwin please”- Netizen

“Next episode please”- Netizen

Sementara itu, pengarah Aku Benci Kpop juga turut memberi komen pada posting video yang dimuatnaik Sherry itu.

“Dah lah first day kena buat scene sweet pulak”- pengarah Aku Benci Kpop

Secocok lah tengok psangan sweet Sherry dengan Han Byul ni. Nampak mesra je tengok diorang berdua ni. Ada apa-apa ke ni? Hehehe.

Sumber: instagram Sherry_alhadad

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.