Hiburan

“Momen paling indah selepas 88 hari tak dapat jumpa mak” – Norman Hakim

Norman Hakim merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara di Malaysia. Nama beliau melonjak naik setelah muncul sebagai teraju utama filem Pasrah. Beliau yang kini mendirikan rumahtangga bersama pelakon Memey Suhaiza telah mempunyai 6 orang dimana 3 orang daripadanya adalah hasil perkahwinan beliau sebelum ini bersama bekas anggota kumpulan Elite yang juga pelakon iaitu Abby Abadi.

Norman Hakim kini aktif mengacarakan program Mingguan Wanita bersama Erra Fazira. Malahan beliau turut bergelar usahawan dengan menguruskan beberapa perniagaan bersama isterinya Memey.

Hubungan baik Norman Hakim bersama bekas isterinya Abby sering menjadi inspirasi dan contoh tauladan buat orang ramai mengenai bagaimana keluarga ini menguruskan masalah peribadi mereka demi kepentingan anak-anak. Mereka sekeluarga juga amat terkenal dengan sikap penyayang diantara kedua-dua keluarga.

Susulan kelonggaran diberikan oleh kerajaan yang telah membenarkan perjalanan merentas negeri, ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bertemu keluarga tersayang.

Muatnaik terkini di akaun instagram Norman ialah sebuah video yang memaparkan pertemuan beliau bersama ibu tersayang. Mengalir air mata saat menyaksikan kedua beranak itu berpel0kan seolah melepaskan rindu yang sudah lama ditanggung. Syahdu rasanya melihat kasih sayang antara ibu dan anak ini.

View this post on Instagram

Momen paling indah selepas 88 hari tak dapat jumpa mak @kamariah.kamat ..terima kasih Allah s.w.t utk kesempatan ini lagi . . Terima kasih juga pada Abah @muhyiddinyassin_official ,Pak Long @ismailsabri60 ,Pak Ngah @noor_hisham_abdullah ,Pak Su @tzafrul_aziz dan seluruh frontliners @kementeriankesihatanmalaysia @pdrmsia_official @angkatantentera yang berkorban masa & tenaga utk memastikan negara terutama kami semua sejahtera & selamat dgn izinNya☝🏻🤲🏻 . . Alhamdulillah selamat sampai td dgn abang @danishhakimofficial & @syafiq_norz , lebih kurang sejam selepas mummy @memeysuhaiza , @marissadania_ , @m_danishaa , @awishzarisz , @mikayladelishahakim , @ridhuan.kamal sampai . . Alhamdulillah perjalanan lancar dgn izinNya.Cuma bila dah sampai nak jamak solat ada sikit kekok sbb dah lama sgt tak menempuh perjalanan melebihi 2 marhalah.Allahu sebak sangat sujud syukur dgn nikmat & rahmat ni.Terima kasih sekali lagi Ya Allah🤲🏻❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Pertemuan kedua beranak yang meruntun hati itu mengundang sebak dalam kalangan netizen. Ramai yang sudah mula terbayang wajah ibu dan ayah di kampung halaman dan tidak sabar lagi untuk pulang ke kampung. Berikut dikongsikan beberapan komen yang ditinggalkan netizen diruangan komen.

Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini seolah-seolah telah menghidupkan kembali amalan balik ke kampung untuk sambutan aidilfitri.

Masih lagi berbaki beberapa hari sambutan syawal, terasa kemeriahan orang ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan aidilfitri bersama keluarga tersayang. Semoga perjalanan kita semua dipermudah dan sentiasa menjaga keselamatan ketika sedang memandu.

Sumber : Instagram normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.