Hiburan

“Meh sini muka kau, biar aku penyek-penyek muka kau tu” – Nabila Huda

Nabila Huda merupakan seorang pelakon wanita tanah air yang sangat berbakat dalam membawakan pelbagai watak. Walaupun mempunyai seorang ayah yang cukup terkenal sebagai penyanyi rock, beliau selesa menyusun atur jalan kehidupan beliau sendiri menjadi seorang pelakon. Ternyata langkah tersebut membuahkan hasil kerana sepanjang kerjayanya beliau telah menerima beberapa anugerah serta pencalonan dalam bidang lakonan seperti di Festival Filem Malaysia.

Sinonim dengan watak-watak antagonis, Nabila atau pemilik nama sebenar Nabila Huda binti Suhaimi ini sangat mesra dengan panggilan “Abil”. Sedikit berbeza dengan ayahnya Amy Search, Nabila Huda seorang yang sangat peramah dan bersahaja. Perwatakan yang easy-going Nabila itu menjadikan Nabila seorang yang sangat mudah didekati kerana sentiasa menjadi penceria suasana.

Anak perempuan Nabila Huda hasil perkahwinan beliau yang dahulu iaitu Keisha Laila dilihat bakal mewarisi bakat lakonan ibunya itu kerana mempunyai minat yang sama dalam bidang lakonan. Bak kata pep4tah kemana lagi tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.

Mengisi aktiviti masa lapang dalam tempoh PKP ini Nabila turut menghabiskan masa di dapur untuk memasak dan mengambil peluang berkongsi resepi masakan kepada para peminat. Tapi cara Nabila berkongsi resepi ni lain sikit. Dengan menggunakan bakat lakonan yang sedia ada, Nabila menunjukkan tutorial masakan dengan caranya yang tersendiri.

Memuatnaik video resepi tutorial cara membuat roti canai di instagram, Nabila Huda membuat kelainan dengan melakonkan watak sebagai seorang mak tiri sambil memegang rotan. Nada Nabila mengajar yang sangat garang dan tegas menarik perhatian netizen yang terhibur dengan gaya lakonan Nabila itu. Agaknya Nabila betul-betul sudah rindu nak berlakon semula ni.

Betul-betul menghayati watak kan Nabila ni. Berilah watak apa pun kepada Nabila, pasti watak tersebut menjadi luar biasa. Tambahan pula jika watak yang dibawa itu ialah watak antagonis. Ramai netizen dan artis yang mngalkan komen kerana terhibur dengan gaya Nabila.

Antara komen-komen mereka ialah:

“Psych0” – Janna Nick

“Nervousnya blaja masak macam ni, Pr3ssure Hahaha – Ain Edruce

“Meh sini muka kau tu, meh sini meh sini biar aku lenyekkan muka kau tu” – Nazim Othman

“Taknak la buat kalau step mader garang macam ni takut tak jadi hehe” – Oktoviamanrose

“Kau masak pun buat hal, Ini mesti gara-gara tunggu sejam jadi gini” – Fouziah Gous

Di harapkan video resepi masakan mak tiri Nabila Huda ini tidak berakhir disini. Mungkin selepas ini akan ada lebih banyak lagi resepi-resepi lain dengan gaya yang lain pula kan.

Sumber : Instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.