Dunia

“Meena tak boleh teman mama ke” – Netizen

Usahawan selebriti Datin Shahida sering menjadi perhatian netizen, kerana ramai yang suka cara perwatakan Datin. Perwatakan Datin Shahida juga nampak sangat berbeza dengan cara dan perwatakan Dato Aliff Syukri. Perbezaan antara mereka mungkin membuatkan rumahtangga Datin dan Dato lebih serasi dan disukai ramai.

Datin juga lebih bersifat keibuan dan sangat mementingkan anak anak walaupun dia seorang wanita berkerjaya dan sibuk dengan kerja. Datin juga lebih suka bersederhana dan berpenampilan simple dan tidak suka membazir dan menunjuk nunjuk. Ramai yang kagum dengan sifatnya walaupun di kelilingi dengan kemewahan dan wang yang banyak Datin masih berpegang pada prinsipnya.

Melalui perkongsian Datin di ruangan instagramnya Datin Shahida berkongsi gambar dia bersama dengan Raudah di Shopping complex The Curve hari ini dengan caption Mungkin nanti Raudah yang akan selalu teman mama bila sem

Alahai comey Raudah ootd dengan Mama. Tetapi ada netizen yang nampak seperti tidak puas hati tentang caption Datin Shahida dan menanyakan kenapa Meena tidak boleh menemani mama.

Komen tersebut di jawab elok oleh Datin Shahida dengan menyatakan sebut pun salah tidak sebut pun salah. Alahai Datin pun nampak serba salah nak melayan semua karenah netizen yang sering mempertikaikan kedudukan Meena di dalam keluarga Datin dan Dato.

Meena nampaknya semakin besar dan bergaya sekarang makin cantik dan happy bersama dengan keluarga Dato dan Datin. Sudah tentu segala kebajikan Meena di utamakan juga oleh Dato dan Datin walaupun hanya anak angkat.

Menerusi perkongsian Datin sebelum bertolak ke The Curve, dia memuat naik gambarnya bersama Raudah dan Meena di depan rumahnya dan menyatakan dia ingin keluar bersama anak anak perempuannya hari ini.

View this post on Instagram

Girls Days Out….

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Di dalam gambar tersebut tidak kelihatan Khadejah tetapi tidak di tanya netizen tentang anak kedua Datin, tetapi yang masih menjadi perhatian netizen adalah Meena.

Ada juga netizen memberi komen kenapa tidak dukung Meena kesian pada Meena. Dan ada juga bergurau dengan Datin soal Meena. Nampaknya isu tentang Meena sering menjadi perhatian netizen di dalam keluarga Dato dan Datin.

Manakala isu tentang Datin Shahida bakal menunaikan umrah bersama anak anaknya masih di pertikaikan tentang kenapa tidak membawa Ameena sekali menunaikan umrah. Datin meluahkan dia agak terkilan dengan netizen yang memberi komen komen yang tidak sepatutnya. Kata Datin Shahida jika Ameena baca komen tersebut nanti rosak pemikirannya. Nasib baik Ameena masih kecil.

Bertabah lah Datin Shahida menjawab semua persoalan netizen yang kadang kadang sangat pelik tetapi kehadiran netizen juga kadang kadang memeriahkan suasana kan.

Semoga Meena membesar dengan baik, menjadi anak yang baik untuk Dato dan Datin dan berjaya dunia akhirat.

Sumber : Ig shahidadherbs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *