Umum

“Koi kena bu1i dgn anok di rumah weh” – Khiriah

Dalam membesarkan anak-anak kecil, kita sebagai ibubapa takkan terlepas dari melayani kerenah dan ragam mereka. Pelbagai permintaan anak-anak kecil ini yang kita mahu tunaikan namun kita sebagai ibubapa harus menjaga batas permintaan mereka supaya anak-anak ini tidak selalu ‘disuap’ sahaja sehingga tidak reti mempelajari cara untuk hidup berdikari pada masa akan datang.

Begitu juga lah perasaan seorang pelakon dan ibu, Noorkhiriah yang sekarang lebih meluangkan masa bersama anak-anaknya. Menjadi seorang ibu sebenarnya susah kerana anak-anak yang masih belum dewasa masih memerlukan ibunya sebagai guru dan teman mereka pada bila-bila masa. Noorkhiriah juga seperti ibu-ibu lain hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Jadi menjadi seorang ibu, ibu harus melayani kehendak anak-anak walau bagaimana kelakar pun permintaan mereka. Baru-baru ini, Noorkhiriah berkongsi gambar beliau memakai topeng ‘sp1derman’ ketika sedang menumb0k rencah masakan.

Noorkhiriah berkata anak-anaknya meminta beliau memakai topeng tersebut supaya rencah yang ditumbuk tidak termasuk ke dalam matanya.

“Bila s3l-s3l ot4k anak berhubung.. ‘Mama pakai ni for your safety’.. serius lem4s weh” kata Noorkhiriah di kapsyennya di laman instagram.

Para netizen sangat terhibur dengan gelagat Noorkhiriah yang sudi melayan permintaan anak-anaknya walaupun ketika hendak memasak.

Rakan-rakan artis juga terhibur dengan gelagat Noorkhiriah itu termasuklah penyanyi dan pelakon, Isyariana yang sangat terhibur melihat Noorkhiriah memakai topeng itu. Noorkhiriah membalas komen beliau dengan mengatakan beliau ‘dibu1i’ oleh anak-anak dirumah.

Melayani kerenah anak-anak ini juga sebenarnya adalah salah satu terapi untuk kita sebagai ibu merasa bahagia kerana anak-anaklah yang mewarnai hidup kita dan membuat kita terhibur di kala duka.

Sumber : ig khiriah17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *