Hiburan

“Mcmn mereka masih blh kerja bersama, kalau aku mmg tak blh tgk muka ex dah” – Netizen

Beberapa bulan lepas Mimi Lana telah pun mengumumkan perpisahan beliau dan Syafiq Kyle. Hubungan selama 5 tahun itu telah berakhir secara baik atas persetujuan masing-masing. Berita perpisahan itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang gembira kerana Syafiq Kyle yang merupakan jejaka idaman ketika ini telahpun kembali solo. Mimi Lana bagaimanapun memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Syafiq Kyle dan boleh bersikap professional.

Perkara tersebut telah terbukti apabila mereka berdua telah pun berlakon bersama untuk merakamkan iklan sebuah produk kecantikan.

Sudah pasti bukan mudah buat Mimi mahupun Syafiq untuk tampil berhadapan dengan orang ramai sedangkan semua mengetahui mengenai kisah peribadi mereka berdua.

Menerusi instagram Mimi Lana, beliau juga turut memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama Syafiq Kyle dan Azira Syafinaz hadir bagi program temubual untuk mempromosikan produk tersebut.

Kedua-dua mereka dilihat duduk bersebelahan dan sangat professional dalam mengendalikan situasi tersebut.

Mengintai ke ruangan komen instagram Mimi Lana, ramai yang mengagumi sikap professional mereka berdua yang masih boleh bekerja bersama walaupun telah berpisah. Tidak kurang juga yang turut mendoakan agar hubungan mereka kembali terjalin semula.

Orang kata kalau ada jodoh tak kemana kan. Sikap professional mereka berdua yang menjayakan iklan dan masih boleh menghadiri program temubual bersama perlu dipuji kerana sanggup mengetepikan isu peribadi demi kerja. Tahniah buat mereka berdua.

Sumber: Instagram missmimilana

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.