Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross merupakan pelakon yang berasal daripada Kota Bharu Kelantan. Berd4rah kacukan melayu dari ibu dan Scotland dari bapanya, Catriona merupakan seorang pelakon, model dan pengacara. Catriona memulakan kerjaya seninya selepas berjaya dalam ujibakat menjadi pengacara program terbitan Astro iaitu Wayang Kita. Wajah beliau banyak menghiasi drama-drama tempatan. Drama-drama seperti Mek Salmah dari Scotland, Pujaan Hati Kanda dan Jangan Benci Cintaku menjadi bualan sehingga kini. Catriona juga pernah terlibat dalam kem4langan sehingga p4tah kedua-dua kaki dan menerima rawatan di hspital hampir dua bulan.
Setelah berkahwin mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seninya kerana ingin memberikan tumpuan kepada keluarga dan seorang anaknya yang menghidapi autism. Kini beliau membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan kerana tidak mahu mensia-siakan bakat yang beliau miliki. Beliau juga ingin mencari kelainan dalam membawakan watak supaya lakonannya di ingati dan terkesan di hati penonton.
Diberikan watak sebagai ibu di dalam drama semasa membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan, Catriona yang lahir pada 2 September 1980 dan berusia 39 tahun itu berkata, beliau tidak kisah dengan watak tersebut kerana berpeluang untuk mempelbagaikan karakter. Meskipun ada yang memandang sinis akan hal berkenaan, Catriona tidak memandang perkara itu sebagai isu besar dan berbesar hati untuk melakonkannya.
Beliau yang juga semakin aktif di laman Instagram berkongsi sedikit nasihat berikutan lanjutan PKP yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Mnteri semalam. Walaubagaimanapun gelagat Catriona yang selesa bertutur dalam dialek Kelantan semasa memberikan nasihat itu mencuri tumpuan kerana mengenakan tudung fesyen lama yang dianggap legend oleh netizen. Tudung keluaran Nelofa itu sudah agak lama dan gaya tersebut sudah tiada lagi dalam pasaran.
Dalam banyak-banyak nasihat yang Catriona bebelkan tudung juga yang netizen perhatikan ya. Rata-rata netizen juga terhibur dengan nasihat padu Catriona dalam dialek Kelantan itu.
“comei adik kakok .. tudung celit² ada line line gitu .. kakok comei dok umah ye .. doakan adik ni kijo adik kakok deh ..” – Netizen
“Aduuuuh, Jangok moleps kak kek kali ni catrionabrianross Skalo gak, tudung sengek sokmo nye lipak ke dio. Stay sweet kak kek , duk moleps deh” – Netizen
“Kakok walau pake tudung senget2 kakok tetap lawoo” – Netizen
Orangnya dah sememangnya cantik. Berleter pakai tudung sengat-senget pun tetap cantik kan. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi keutamaan adalah mesej yang Catriona cuba nak berikan tu berjaya sampai kepada semua netizen dengan cara beliau yang tersendiri. Syabas diucapkan kepada Catriona Ross.
Sumber : Instagram catrionabrianross
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.