Hiburan

“Mana sah solat orang perempuan imamkan lelaki” – Netizen

Nama usahawan yang terkenal dengan produknya Qu Puteh iaitu Dato Seri Vida sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Nama Dato Seri Vida popular setelah menaja sebuah rancangan hiburan di saluran astro selama beberapa musim. Ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak ini cukup terkenal dengan sikapnya yang sangat peramah dan ceria.

Kedua-dua orang anak Dato Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak kini masing-masing telahpun berusia 15 dan 13 tahun. Cik B yang turut aktif di media sosial kini semakin meraih perhatian sebagai seorang media sosial influencer dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Walaupun mempunyai perwatakan yang sedikit kasar tetapi Cik B masih lagi mempunyai sisi lembut dalam dirinya yang begitu penyayang dan amat gemarkan kanak-kanak. Mengikut jejak langkah ibunya, kini Cik B juga sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Memuatnaik sebuah video terkini diinstagramnya, Dato Vida berkongsi bersama para pengikut aktiviti beliau menunaikan solat sunat terawih bersama anak-anak ketika bulan Ramadhan. Melihatkan anak-anak yang sudah semakin membesar dan Cik B juga sudah berkebolehan untuk menjadi imam kepada keluarga kecil mereka Dato Vida merasa sangat terharu.

Beliau juga mendoakan kedua- dua orang anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang hebat suatu hari nanti. Gelagat kedua-dua orang anaknya yang sering bergurau senda sering menjadi penghibur hatinya ketika ini.

Video tersebut walaubagaimanapun mencuri tumpuan netizen kerana Cik B dilihat mengimamkan solat mereka ketika itu sedangkan dalam ajaran islam perempuan tidak dibenarkan untuk menjadi imam kepada lelaki walaupun lelaki tersebut belum baligh.

Sekiranya seorang anak lelaki itu sudah mumaiyiz, iaitu boleh membezakan baik dan buruk maka anak lelaki tersebutlah yg seharusnya diberikan kewajipan menjadi imam.

Hal tersebut telah mengundang beberapa pertikaian diantara netizen. Berikut dikongsikan beberapa komen yg ditinggalkan oleh para netizen.

Mungkin Dato Vida pun kurang arif mengenai perkara tersebut. Tambahan pula anak lelakinya Kacak juga masih belum baligh mungkin kerana itulah ada perkara yang beliau terlepas pandang. Mudah-mudahan dengan teguran daripada para netizen kali ini dapat membantu Dato Vida dalam memperbaiki diri serta mendidik anaknya dengan ilmu agama dengan sewajarnya.

Sumber : Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.