Hiburan

“Knp buang, dok ulang Nad kena sekeh ngn Mak Leha..” – Netizen

Penangan gelora emosi setiap kali ketika menonton episod-episod menerusi drama di slot Akasia iaitu drama 7 Hari mencintaiku akhirnya telahpun berakhir apabila drama tersebut telahpun melabuhkan tirai menerusi episode terakhirnya yang telahpun ditayangkan pada hari isnin yang lalu. Sambutan peminat yang begitu hebat membuatkan setiap watak-watak dalam drama tersebut bagaikan hidup di alam nyata.

Turut dikhabarkan drama tersebut bakal meneruskan penggambaran bagi bahagian ketiga pula kerana tular baru-baru ini penulis novel bagi drama ini telah melengkapkan sinopsis bahagian ketiga novel karya beliau itu.

Bagi peminat tegar drama berkenaan pasti mereka merindui watak-watak yang menjadi fenomena di dalam drama tersebut kerana setiap episod dan babak yang disiarkan pasti menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.

Namun begitu rupa-rupanya terdapat beberapa babak yang telah disunting dan tidak ditayangkan di kaca televisyen. Babak berkenaan telah dikongsikan kembali buat tatapan para peminat melalui laman media sosial.

Di sebuah laman Instagram yang diwujudkan buat para peminat drama tersebut, terdapat muatnaik sebuah video yang memaparkan babak di mana Mak Leha, Pak Samad dan juga Nad sedang berbincang mengenai persiapan hari raya.

Mak Leha membuat permintaan untuk 20 jenis kuih kerana mahu mengikuti jirannya. Pak Samad pula menyebut mengenai jirannya yang bermadu dan mempersoalkan mengapa tidak mengikut tindakan untuk bermadu itu.

Soalan Pak Samad membuatkan Mak Leha terdiam. Mak Leha diusik oleh Nad dengan mengatakan dirinya tidak kisah untuk menerima ibu baharu. Jawapan Nad itu menyebabkan Nad disekeh manja oleh Mak Leha yang agak terkejut dengan jawapan Nad.

View this post on Instagram

#deletedscene kemain ya Mak Leha sampai 20 jenis kuih😁 . #7HARIMENCINTAIKU2 Mulai 2 Julai 2020 Setiap Isnin hingga Jumaat 7 Malam hanya di Akasia @tv3malaysia . Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail Arahan : @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd Dibintangi oleh @sallywho @shukriyahaya @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @lizza_abdullah @kazar35 @jajailiyes_ @bilazali @jasminhamidjh @seanlje @dhia_ly_official @puterirafasya1 @shaharuddinthamby @wafarienaroslan @_anneabdullah08 @razzuanrosli @syaffiqsahli Dan ramai lagi . OST Aku Bidadari Syurgamu – @ctdk . #7harimencintaiku2 #akasiatv3 #tv3malaysia #sitisaleha #shukriyahaya #wansharmila #sofi #syazwanzulkifly #khuzairi #miaadriana #ctdk #7harimencintaiku #dramasangat #Malaysia #kitabaikramaisayang #sitinurhaliza #seanlee #kitajagakita #buntat #paksamad #makleha #fightcovid19 #kitamestimenang #sitirosmizah #dramaadaptasinovel #akubidadarisyurgamu Reposted from @sronesdnbhd

A post shared by 7 Hari Mencintaiku 2 (@_7harimencintaiku2) on

Rata-rata para peminat sudah mula merindui kehidupan keluarga Pak Samad dan juga drama berkenaan. Ada seorang individu yang mngalkan komen bahawa babak tersebut sangat kelakar dan merasa tidak patut babak tersebut di sunting keluar.

Ramai yang dah mula rindu dengan watak-watak dalam drama 7 hari mencintaimu ni. Terasa kemeriahan semasa drama tersebut ditayangkan di televisyen kerana drama tersebut sememangnya mempunyai ramai peminat tegar. Tak sabar nak tunggu sambungan 7 hari mencintaimu bahagian ketiga pula.

Sumber: Instagram _7harimencintaiku2

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.