Hiburan

“Kita yang berdebar tengok Datin bawak motor” – Netizen

Kehidupan keluarga usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sering kali mendapat perhatian orang ramai. Disamping aktif melalui medium media sosial, mereka juga mempunyai saluran y0utube sendiri iaitu TV Terlajak Laris. Menerusi saluran youtube itulah kehidupan mereka sekeluarga di paparkan sebagai tontonan kepada para peminat. Sebagai usahawan, mereka juga turut menggunakan medium sosial media sebagai medium untuk promosi produk, memberikan motivasi serta peluang perniagaan kepada orang ramai.

Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Datuk Aliff dan Datin Shahida terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan. Datuk Aliff turut mempunyai resort beliau sendiri di kawasan Janda Baik Pahang.

Memandangkan musim PKPP ini kerajaan sudah memberikan banyak kelonggaran, orang ramai sudah mula mengambil peluang untuk keluar bercuti. Keluarga Datuk Aliff turut tidak melepaskan peluang untuk membawa keluarga bercuti di sana.

Menerusi Instagram Datin Shahida, beliau berkongsi perasaan untuk belajar menunggang motosikal memandangkan mereka kini berada di resort milik Datuk Aliff di Janda Baik dn sering menggunakan motosikal untuk bergerak.

Menurut Datin Shahida lagi, semasa kecil beliau tinggal di rumah flat dan sering membuat aktiviti di rumah sahaja. Oleh sebab itulah beliau tidak mempunyai kemahiran untuk menunggang motosikal.

Datin terus meminta pembantunya mengajar beliau cara-cara untuk menunggang motorsikal. Menariknya, setelah beberapa kali percubaan beliau telahpun berjaya.

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dengan Datin Shahida. Kejayaan Datin setelah beberapa kali percubaan telah membuatkan segelintir daripada mereka turut merasa ingin belajar dan turut mencuba untuk menunggang motorsikal.

Terbaik lah Datin Shahida ni. Memang serba boleh orangnya. Walaupun berpangkat Datin tetapi beliau masih dengan sikap rendah diri dan tidak malu untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.