Hiburan

“Kepala tu macam ular keluar botol” – Netizen

Program I Can See Your Voice Malaysia merupakan program yang berasal dari Korea Selatan yang menampilkan Shuk Hotfm dan Sean sebagai pengacara. Format program tersebut ialah artis undangan perlu meneka diantara 6 orang peserta sama ada mereka penyamar ataupun penyanyi bersuara sumbang dengan dibantu oleh beberapa juri tetap dan juga juri undangan.

Penyanyi Mark Adam merupakan salah seorang juri tetap rancangan tersebut. Muncul dengan lagu Pencuri pada tahun 2013. Penyanyi kelahiran Filipina ini terus mendapat perhatian di Malaysia kerana mempunyai suara yang unik.

Walaupun sering tampil dengan gelagat yang lucu, Mark Adam yang juga seorang guru vokal yang mempunyai pengalaman dalam menilai bakat seseorang kerana telah menjadi juri tetap rancangan itu sejak musim pertama.

Mempunyai peminat setianya yang tersendiri program I Can See Your Voice Edisi Raya menampilkan penyanyi Ramlah Ram sebagai artis undangan yang perlu meneka penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang di kalangan peserta.

Menariknya semasa sesi peserta kelima membuat lip sync, gerakan kepalanya yang seolah menghayati lagu membuatkan para juri dan tetamu jemputan keliru mengenai identiti dirinya. Sebagai pengacara Shuk dan Sean menjemput juri tetap Mark Adam untuk mengajuk kembali lagak dan gaya peserta kelima semasa membuat lip sync.

Memuatnaik kembali sedutan video gerakan kepalanya daripada program tersebut ke akaun Instagram peribadinya, Mark Adam benar-benar menghiburkan para pengikutnya di akaun instagramnya. Sejak dari dahulu lagi gelagat Mark tidak pernah mengecewakan. Pasti ada sahaja idea lucu dan kelakar yg mencuri tumpuan dan meraih gelak tawa daripada para peminatnya.

Rata-rata para peminat memberikan maklum balas yang mereka merasa sangat terhibur menonton rancangan tersebut gara-gara aksi lucu daripada Mark. Berikut dikongsikan beberapa komen yg ditinggalkan para netizen.

Lwk comel je markadam nyanyi tu memang terhibur lah. Dari awal hgga akhir kepala bergoyang..hurm confirm awak nie penyanyi sebenar..hehehe

Baru lepas tgk… Pecah perot ketawa wehh… Bukan malam ni jer meriah.. Setiap kali tgk i can see ur voice mmg pecah perot ketawa tengok gelagat u all. memang terbaikkk

Cara percakapan yang sangat kelakar dan juga gaya beliau yang mencuit hati membuatkan beliau diterima baik bukan sahaja dalam bidang nyanyian malahan kini dalam bidang komedi. Syabas Mark kerana menjadi artis yang sentiasa menghiburkan.

Sumber : Instagram markadam1079

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.