Hiburan

“Kenapa awak kahwin dgn orang Indonesia” – Netizen

Aturan kehidupan kita sememangnya telahpun ditentukan oleh tuhan sejak dari dalam kandungan lagi. Jadi apabila kita lahir kemuka bumi kita seharusnya menerima takdir qada dan qadar yang telah tertulis buat diri kita sejak dari azali lagi. Kadang kala pelbagai persoalan timbul daripada orang ramai mengenai perihal kehidupan dan perkara tersebut sememangnya agak sukar untuk dijawab oleh kita.

Namun apa yang penting dalam ajaran islam ialah kita perlu mempercayai bahawa apa yang berlaku telahpun ditetapkan oleh yang MAHA ESA dan kita perlu berserah dan bertawakal kepadaNYA.

Menyingkap kisah mengenai kehidupan Haziq atau nama sebenar beliau Muhammad Haziq Irfan bin Mohd Hussni, pada 15 Julai 2016, Haziq telah selamat bernikah bersama Ayunda Putri Mekarsari atau lebih mesra disapa sebagai Putri yang berasal daripada Indonesia. Pasngan ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Auliya.

Haziq bukan sahaja dikenali sebagai pengacara Muzik-Muzik malahan beliau juga sebenarnya ialah seorang penyampai radio Hotfm. Sudah lumrah menjadi personaliti TV, perihal kehidupan peribadi beliau juga tidak terlepas menjadi perbualan netizen.

Menjawab persoalan beberapa netizen di laman media sosial, terdapat soalan daripada seorang netizen yang bertanyakan mengenai pilihan pasngan hidup beliau yang beristerikan seorang wanita warganegara Indonesia.

Haziq yang agak terkejut menerima soalan itu berpendapat bahawa perkara tersebut telah ditentukan oleh tuhan buat dirinya. Beliau percaya jodoh yang ditentukan oleh tuhan itu adalah yang terbaik buat dirinya tanpa perlu mempersoalkan warganegara seseorang itu.

Rata-rata netizen turut meluahkan pendapat yang sama dengan Haziq dan menyokong jawapan yang diberikan oleh Haziq itu. Mereka juga turut merasakan bahawa soalan tersebut agak kelakar untuk ditanya dan memahami bahawa tidak menjadi sebarang kesalahan buat Haziq untuk memilih pasngan hidupnya sendiri tanpa mengira perbezaan negara.

Biasalah Haziq, netizen ni kadangkala mempunyai bermacam-macam jenis ragam. Adakalanya sekiranya sesuatu yang kita lakukan itu bertentangan dengan perkara normal pasti akan di soal oleh mereka. Jodoh adalah pilihan kita sendiri kerana kita yang menjalani kehidupan bersama dengan pasngan kita. Oleh itu harapnya Haziq abaikan sahaja kata-kata netizen tersebut yaa.

Sumber: Instagram haziq_hotfm

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.