Hiburan

Kecoh bila Azal tiba-tiba bawa cincin melamar Mira Filzah

Zarina Zainuddin bukan sahaja seorang selebriti berbakat di dalam industri lakonan tetapi seorang ibu dan wanita berjiwa besar. Menjaga dan mendidik dua orang anak lelaki autism dari kecil sehingga besar tidak pernah membuatkan dia lemah. Setiap pengorbanannya menahan segala keskitan dalam mer4wat dan menjaga Azal dan Azil membuatkan ramai kagum dengan semangat yang di miliki Zarina.

Azal dan Azil adalah kembar tidak seiras. Di kesan sebagai anak aut1sm Azal dan Azil terpaksa bergantung sepenuhnya dengan Zarina. Azal nampak semakin menunjukkan sikap positif apabila dia sudah pandai mengurus dirinya sendiri dan kurang member0ntak seperti abangnya Azil yang kerap meng4muk.

Azal juga sering di lihat menemani ibunya di set ketika ibunya ada pengambaran. Selain itu, Azal juga menjadi pa kepada ibunya sendiri. Bijak sungguh Azal. Menerusi perkongsian daripada Zarina di ruangan instagram miliknya. Dia memuat naik keratan video Azal buat hal pergi melamar Mira Filzah.

Di dalam video tersebut Azal kelihatan yakin pergi membawa cincin dan melamar Mira. ” Mira sudi nak lamaran dengan saya ” Mira juga nampak terkejut dan kelu.

Di dalam video penuh youtube Zarina, Mira membalas lamaran Azal dengan menyatakan dia menerima lamaran Azal. Mira juga sempat menyakat Azal dengan bertanya apa itu lamaran, Azal hanya tersenyum.

Sebelum kejadian itu, Zarina sempat bercerita tentang sikap anaknya Azal kepada Mira Filzah. Menurut Zarina anak autism sangat jujur dan cepat merasa bersalah. Azal seorang anak yang jujur dan tidak lokek memohon maaf kepada Zarina jika dia ada tersalah.

Walaupun Azal seorang anak autism raut wajahnya cukup menenangkan, anak syurga ini juga sudah pandai mengurus dirinya sendiri dan sangat bijak berkata kata. Pasti Zarina sebagai ibu sangat kagum dengan perubahan Azal.

Rata rata netizen terhibur dengan gelagat Azal dan gaaya sporting Mira Filzah melayan Azal. Mesti Azal peminat nombor satu Mira Filzah.

Semoga Azal membesar menjadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat.

Sumber : Ig Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.