Hiburan

Kasih ayah, terharu dgn pengorbanan Sharnaaz demi anaknya Jebat

Kisah mengenai kehidupan peribadi pelakon ini sering menjadi tumpuan orang ramai kerana status rumahtangga beliau yang masih lagi tiada kata putus. Sharnaaz Ahmad yang merupakan seorang pelakon telahpun berkahwin dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila pada 2017 namun menghadapi masalah rumahtangga sekitar tahun 2019 sehingga kini. Meskipun berteka teki dengan status rumahtangganya namun beliau masih lagi mengekalkan hubungan baik bersama isterinya itu.

Tular baru-baru ini beliau menyambut syawal bersama isteri dan anaknya Jebat Jayden, ramai yang mengagumi sikap beliau yang sanggup bertolak ansur dan mengenepikan ego demi kebahagiaan anak tersayang.

Anak-anak adalah keutamaan buat seseorang yang bergelar ibu dan bapa. Anak adalah harta yang tidak ternilai dan merupakan drah daging kita sendiri. Sudah tentu hati akan merasa gundah gelana sekiranya mendengar berita yang kurang enak mengenai anak tersayang.

Begitu jugalah yang dirasi oleh Sharnaaz ketika melakukan penggambaran drama Jam Tangan Paksu.  Muatnaik terkini di Instagram, beliau berkongsi kisah suka duka yang terpaksa dilalui sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut.

Menurut Sharnaaz, drama tersebut mengadakan penggambaran di Kuala Kangsar, Perak. Namun sejurus sahaja sampai disana, beliau telah menerima panggilan telefon daripada isterinya memberitahu mengenai anak mereka Jebat yang telah dimasukkan ke hspital kerana kencing kuman.

Walaupun hatinya penuh gelisah memikirkan mengenai anak, namun demi dedikasi terhadap kerja, beliau tetap meneruskan penggambaran sehingga malam. Sebaik sahaja selesai penggambaran untuk hari itu beliau kemudiannya terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk menjenguk Jebat di hspital.

Sharnaaz mengakui terpaksa tidur di dalam kereta dan keesokan harinya kembali semula ke Kuala Kangsar demi menyambung penggambaran seterusnya yang masih belum selesai.

Kata Sharnaaz lagi itulah pengorbanan dan onak duri yang terpaksa beliau tempuhi demi anak dan juga kerjaya sebagai pelakon. Walaupun luaran kelihatan penuh dengan glamor namun realitinya pelakon juga manusia biasa yang melalui asam garam kehidupan seperti orang lain.

Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet yang terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Sharnaaz demi kerjaya dan juga tanggungjawab sebagai seorang bapa. Walaupun sedang bergelut dengan masalah peribadi namun beliau tetap menunjukkan kewibawaan sebagai pelakon dengan penghayatan watak dan lakonan beliau dalam drama tersebut.

Beliau mendapat maklumbalas yang positif mengenai drama itu dan rata-rata netizen memuji lakonan beliau yang dilihat berjaya membawakan watak dengan berkesan.

Siapa sangka walaupun dalam keadaan sukar dan mencabar beliau hadapi ketika itu, Sharnaaz tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Betapa tulusnya kasih sayang Sharnaaz buat anaknya Jebat.

Ramai yang mendoakan agar keluarga ini supaya bersatu semula. Allah sebaik-baik perancang. Mudah-mudahan hasrat para peminat semua dimakbulkan. Amin.

Sumber : Instagram sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.