Penyanyi yang popular pada era 90an iaitu Nora Ariffin telah mengumumkan berita gembira menyambut cucu sulungnya harini. Berita berkenaan dikongsikan oleh pelantun lagu dipersimpangan dilema itu menerusi instagram dan telah menarik perhatian para netizen dan para peminat beliau di laman sosial. Entri yang dikongsi oleh Nora itu turut diiringi ucapan kerinduan buat bekas suami beliau yang telah pergi menghadap ilahi pada tahun 2017.
Terdahulu Nora telah mendirikan rumahtangga dengan komposer terkenal Johan Nawawi pada tahun 1992. Mereka dikurniakan 4 orang anak. Johan telah mngl dunia pada Mac 2017 akibat srngan jntung. Nora juga turut kehilangan anak keduanya iaitu Alif Johan pada tahun lalu.
Nora berkata bahawa beliau pasti arwh suaminya itu akan merasa sangat gembira dengan kehadiran cucu sulung mereka. Mengimbau kembali detik kelahiran anaknya Syakir Iman, Nora berkata kelahiran cucu beliau itu mengingatkan beliau dan suami semasa menyambut kelahiran anaknya itu dahulu. Nora juga tidak lupa merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih buat keluarga besannya.
Nora berharap dan turut mendoakan semoga cucu sulungnya yang diberi nama Ayden Johan itu membesar menjadi anak yang soleh dan baik seperti arwh atuknya Johan Nawawi. Nora turut mengucapkan terima kasih buat warga kakitangan HUKM yang telah banyak membantu menantu beliau dalam proses kelahiran cucu sulungnya itu.
Ruangan komen instagram Nora dihujani ucapan tahniah daripada para rakan artis dan juga peminat beliau. Para peminat juga sempat mengusik Nora yang kelihatan masih anggun untuk dipanggil sebagai seorang nenek.
Mudah-mudahan Ayden Johan membesar menjadi seorang yang berguna dan bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya. Tahniah sekali lagi buat Nora Ariffin.
Sumber: Instagram itsnoraariffin
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.