Isteri ahli perniagaan terkenal Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida kini lebih dikenali sebagai isteri abang terlajak laris dek kerana tagline produk suami yang sering menjadi sebutan. Sejak nama suaminya hangat menjadi bualan sebagai seorang usahawan produk kosmetik, keluarga ini juga telah muncul dengan rancangan realiti mereka sendiri iaitu Oh Abang Kosmetik.
Rancangan tersebut memaparkan realiti kehidupan mereka sekeluarga supaya menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk memajukan diri terutamanya dalam bidang perniagaan.
Bertitik tolak dari situlah, keperibadian Datin Shahida yang sentiasa merendah diri dan juga sentiasa menjaga kebajikan anak-anak menarik perhatian para netizen. Para penonton kagum dengan sikap rendah dirinya yang tidak mempunyai lagak seorang Datin dan sentiasa ingat kepada asal usul diri.
Walaupun bergelar seorang datin namun status tersebut tidak pernah menghalang dirinya daripada menjadi seperti orang biasa yang melayani anak tanpa bantuan orang gaji. Beliau lebih selesa menguruskan anak-anak beliau sendiri.
Sebelum ini pernah tular mengenai sikap Datin Shahida yang sanggup mengenepikan perbincangan urusan perniagaan bernilai jutaan ringgit hanya kerana ingin memberikan perhatian kepada anaknya terlebih dahulu.
Begitu sekali layanan Datin buat anak-anak. Beliau memberikan keutamaan kepada anak terlebih dahulu berbanding urusan perniagaan.
Memuatnaik video dirinya sedang bermain dan berhibur bersama anak-anak, Datin Shahida tidak segan silu membuat pelbagai aksi untuk menghiburkan anaknya. Mengakui sebagai seorang ibu, kadangkala menuntut dirinya untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak sehingga perlu menjadi Pak lawak untuk menggembirakan hati anak-anak.
Kegigihan Datin dalam melayani kerenah anak-anaknya itu mendapat pujian para pengikutnya. Mereka memuji sikap dan naluri keibuan Datin sebagai seorang ibu yang penyayang. Netizen juga berkata mereka turut terhibur dengan aksi Datin dan seronok melihat anak-anaknya yang ketawa kegembiraan.
Sememangnya tidak mudah bergelar sebagai seorang ibu. Datin Shahida sememangnya seorang yang sangat merendah diri dan sangat kasihkan anak-anak tanpa terlalu menjaga penampilannya sebagai seorang Datin. Memang satu dalam sejuta.
Sumber : Instagram shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.