Hiburan

“Jauh-jauh dulu, dah kahwin barulah boleh sweet mcm ni” – Netizen

Nonny Nadirah binti Zainuddin merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau menyertai industri hiburan setelah terpilih sebagai peserta rancangan akademi fantasia musim kelima. Beliau kemudiannya bergiat aktif sebagai pelakon namun berehat seketika setelah mengalami kegagalan rumahtangga pada tahun lalu. Kini beliau telahpun berhijrah secara perlahan lahan dengan mengubah penampilan untuk berhijab dan kearah yang lebih baik.

Nonny mengenali pelakon Niezam Zaidi sejak berlakon bersama dalam telefilem Bdah Motor namun mula berkawan rapat hanya setelah Nonny bercrai. Kehadiran Niezam Zaidi telah banyak mengubah sisi hidup Nonny.

Hubungan yang semakin rapat antara kedua mereka akhirnya mendorong Niezam meluahkan hasrat untuk menyunting Nonny sebagai suri hidupnya, sebelum penghujung tahun ini.

Menerusi Instagram Nonny, beliau berkongsi sebuah video dirinya bersama Niezam menaiki motosikal bersama. Menurut Nonny, ketika itu mereka sedang ditimpa kesusahan dan kini beliau dan Niezam boleh menarik nafas lega kerana telah memiliki kenderaan sendiri.

View this post on Instagram

Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah, alhamdulillah now dah ada transport balik. Thank you buat sahabat2 semua yg byk membantu kami. . Walau ada RM10 dlm poket jgn pernah give up sbb rezeki Allah yg bagi. INGAT TU!! JANGAN PERNAH GIVE UP!! Teruskan dgn rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok MAGIC yg akan berlaku dlm kehidupan korang. . Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. SesungguhNya Allah tau kamu mampu, Redha dan sentiasa berserah kpd Allah swt. Biar orang buat kita jgn kita buat orang. Allah tarik si biru, si putih dtg menjelma. Bukan si putih saja malah ada yg offer utk transport ke dua. Tapi kami dah cukup happy dgn siputih, jgn tamak, bersyukur dgn apa yg ada. Jangan cari Dia di masa susah sahaja, Dikala gembira tetaplah beringat, Dia lah pemberi segala nikmat didunia. Bila kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu, Allah maha baik. . Thru ups and down, Thank you so much tiger @niezamzaidi ♥️ . Nikmat apa lagi yg kau dustakan? 🦋 #motivasihijrah #berhijabbukanpenutuprezeki #hijrahkearahyglebihbaik #roadtohalal #silasusunstrategi

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

Melihatkan keserasian mereka berdua, ramai yang mendoakan semoga hubungan mereka berdua berakhir di jinjang pelamin. Walaubagaimanapun ada segelintir netizen yang menegur Nonny menaiki motosikal bersama Niezam dan berharap supaya Nonny lebih menjaga batasan dalam berkawan.

Orang kata urusan yang baik seperti perkahwinan ni adalah lebih baik dipercepatkan bagi mengelak timbul cerita yang kurang enak. Mudah-mudahan segala urusan Nonny dan Niezam untuk berumahtangga dipermudahkan. Amin.

Sumber: Instagram nonnynadirah

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.