Pelbagai hikmah dan pengajaran yang kita perolehi daripada wabak yang melanda negara ketika ini. Buat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahira, hatinya bagai dijentik supaya menutup aurat dan beliau telahpun mengambil keputusan untuk mula bertudung sejak dari hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Beliau berharap agar diberikan peluang kerana masih dalam proses untuk belajar dan memperbaiki diri.
Beliau yang lebih mesra di sapa Shiera ini berkata suaminya Ijoy dan ahli keluarga yang lain menyokong penuh keputusan beliau itu. Malahan anak perempuannya juga turut menyuarakan hasrat untuk bertudung.
Wabak yang melanda seluruh dunia ini benar-benar menguji kita semua dalam pelbagai sudut. Dugaan yg terbesar adalah apabila kita semua sudah tidak dapat lagi menjalani kehidupan normal seperti sediakala. Akur dengan normal baharu yang terpaksa ditempuhi kini oleh msyarakat, Shiera turut mengambil langkah berjaga-jaga buat para tetamu yang berkunjung kerumahnya.
Menyambut kedatangan sahabatnya Azza Elite, beliau bersama suami Ijoy mengusik sahabatnya itu dengan menyembur spray makanan kepada Azza. Terkejut dengan keadaan itu sampai terduduk Azza dibuatnya. Memang kelakar habis bila tengok reaksi wajah Azza.
Para pengikut Shiera juga turut berkongsi pengalaman yang sama dimana mereka juga sentiasa mengambil langkah untuk menjaga kebersihan dan melaksanakan seperti SOP yang diberikan kerajaan. Akrab dan sporting betul kedua-dua orang sahabat ni bergurau senda. Memang tak kering gusi kalau melayankan gelagat Sheira sekeluarga ni.
Walaupun telah tampil dengan imej baru, Shiera masih tetap dengan personaliti dirinya yang lama dan masih kelakar seperti dahulu. Mudah-mudahan wabak ini juga cepat berakhir dan kita semua dapat kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.
Sumber : Instagram shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.