Hiburan

“InsyaAllah hujung tahun ni, persiapan masih dalam proses”- Mira Filzah

Pengakuan yang dibuat oleh pelakon Mira Filzah baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila Mira sendiri mengesahkan dirinya sudah sudah bertunang dengan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar. Tatkala aktres kesayangan ramai ini membuat pengakuan sudah bertunang, ramai lelaki yang ‘paatah hati’ dan meluahkan rasa kecewa. Almaklumlah, Mira Filzah antara wanita idaman buat golongan lelaki di luar sana.

Ramai menganggap Wan Emir Astar sangat bertuah memiliki wanita seperti Mira Filzah yang penuh dengan budi bahasa dan sopan. Wan Emir juga bukanlah dari golongan yang ‘biasa-biasa’ memandangkan beliau adalah anak kepada Timbalan Mnteri di Jabatan Perdana Mnteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Sementara itu, desas-desus mengenai perkahwinan Mira dan Wan Emir dikatakan bakal berlangsung pada hujung tahun ini namun belum diumumkan secara rasmi.

Menerusi temubual Mira Filzah bersama Wartawan Berita Harian, Mira sendiri memberitahu persiapan bagi majlis perkahwinannya masih dalam proses yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.

Mira memilih untuk tidak memberitahu tarikh perkahwinannya sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mengumumkan hari bersejarahnya itu.

Dalam pada itu, video temubual Mira bersama wartawan Berita Harian telah dikongsi di laman instagram Inaijari dan telah ditonton sehingga 29,000 tontonan.

Rata-rata netizen mendoakan agar persiapan majlis perkahwinan mira bersama tunangnya berjalan dengan lancar dan ramai peminat Mira sepertinya sudah tidak sabar untuk melihat selebriti kesayangan mereka mendirikan rumah tangga.

Semoga urusan persiapan majlis perkahwinan Mira Filzah dan tunangnya dipermudahkan. Dah ramai ni tak sabar nak tengok Mira Filzah naik pelamin hehe…

Sumber: instagram Inaijari

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.