Hiburan

“Ingat tadi P Ramlee muda-muda” – Wak Doyok

Kita sebagai manusia pasti akan melalui dari fasa ketika kita kecil, selepas itu ke fasa remaja, dan kemudian dewasa dan tua. Melalui proses-proses ini pasti akan mengajar kita erti kehidupan dan memahami pelbagai sifat seorang manusia boleh rasa. Merasai setiap fasa ini akan membuat kita mengingati kesilapan sebelum ini dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi. Selain itu, melihat kembali gambar-gambar lama pasti akan menggamit memori sesiapa pun yang melihat.

Seperti orang lain juga, Dato Aliff Syukri sememangnya punyai sebuah kisah kehidupan dimana kebanyakan orang sudah mengetahuinya. Kisah kehidupannya yang sudah lama berkecimpung dengan kehidupan berbisnes membuatkan orang menjadikan beliau salah seorang idola usahawan berjaya.

Perubahan pasti akan berlaku dalam kehidupan kita. Tak kira sama ada ianya ada baik atau buruk, kita sebagai manusia harus menerimanya. Baru-baru ini, beliau ada berkongsi gambar ketika beliau masih muda bersama ibunya.

Beliau berkata gambar itu mengibau kembali kenangan dimana ibunya Bonda Rozita yang banyak berkorban dan berbelanja untuk dirinya ketika pergi menunaikan haji. Beliau juga berterima kasih kepada ibunya kerana menghargai beliau ketika beliau belum berkahwin ketika itu. Beliau juga sempat bersempat bahawa ibu adalah wanita paling bernilai dan harus dihargai.

Ada segelintir netizen yang mengatakan beliau ketika itu kelihatan seperti Tan Sri P Ramlee. Wak doyok juga tidak melepaskan peluang mengatakan beliau kelihatan seperti seniman itu.

Ramai juga netizen yang mencuba untuk meneka umur beliau ketika di dalam gambar itu dan ada juga yang menyatakan rasa kecewa mereka apabila kenyataan Dato yang tidak menyebut mengenai isteri beliau membuatkan mereka merasakan Dato tidak menghargai isterinya.

Sebagai manusia, kita tidak lari dalam membuat kesilapan Dalam mengimbau kenangan lama kita, kita juga harus muhasabah diri dan sentiasa mengingati untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

sumber : ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.