Hiburan

Impian Dr Halina bakal tercapai, jantina kembar pertama perempuan

Sebut sahaja pasal Angkasawan Pertama Malaysia, mesti semua sudah terbayangkan figura hebat Dr Sheikh Muzaphar atau nama sebenar beliau Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. Dr Sheikh Muzaphar dikenali di Malaysia bukan sahaja sebagai seorang angkasawan tetapi beliau juga merupakan seorang doktor bdah ort0pedik, penceramah bebas, usahawan dan juga model sambilan.

Dr Sheikh Muzaphar telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina Mohd Yunos dan kini dikurniakan empat orang cahaya mata. 2 orang perempuan manakala 2 orang lagi ialah pasngan kembar lelaki iaitu Noah dan Adam.

Baru-baru ini Dr Sheikh telah mengumumkan bahawa mereka sekeluarga bakal menerima ahli baru dalam keluarga. Dr Halina sedang mengandung anak kembar buat kali kedua.

Menerusi Instagram, Dato Sheikh Muzaphar berkongsi perkembangan terkini Dr Halina mengenai kehamilan kembar kedua mereka. Mereka mempunyai temujanji untuk membuat pengimbasan jantina pada minggu ke 17.

Dato Sheikh Muzaphar berkata impian Dr Halina adalah untuk memiliki kembar perempuan. Semasa melalui proses pengimbasan tersebut, seorang bayi telah disahkan merupakan bayi perempuan. Pastinya Dr Halina gembira dengan berita tersebut.

Menurut Dr Sheikh lagi, tarikh jangkaan Dr Halina bersalin adalah sekitar bulan Disember tahun ini. Dr Sheikh tidak kisah dengan jantina dan berharap  supaya bayi tersebut sihat.

Rata-rata netizen turut gembira dengan berita gembira tersebut. Ada juga segelintir netizen yang meneka jantina bayi kedua Dr Sheikh dan mengharapkan agar kali ini mereka berdua bakal menimang bayi kembar lelaki dan perempuan pula. Mudah-mudahan perjalanan kehamilan Dr Halina dipermudahkan.

Tidak lama lagi, ahli keluarga Dr. Sheikh akan semakin bertambah la nampaknya. Beliau dan Dr. Halina sebelum ini sudah mempunyai sepasang kembar lelaki pastinya kali ini mengharapkan sekiranya mereka dikurniakan kembar perempuan pula. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan Dr. Halina.

Sumber: drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.