Hiburan

“Hati-hati mung mamat, Dayoh perati mung boh” – Tokti

Buat para peminat setia Tokti pasti sudah pun mengenali gadis yang sering menemani Tokti dan Aafiyah kemana sahaja iaitu Dayah Zubit. Beliau merupakan seorang pelajar jurusan kejururwatan dan sangat bertuah ditugaskan untuk bekerja dibawah majikan yang amat penyayang dan baik hati seperti Tokti. Dayah sering juga memuatnaik video dan gambar Aafiyah di Instagram buat tatapan para pengikut akaun Instagram beliau.

Ibarat seperti keluarga, layanan Tokti kepada Dayah sudah seperti adik sendiri. Dayah juga kelihatan sangat rapat dengan ahli keluarga Tokti yang lain.

Dalam kebanyakkan acara dan majlis yang di rancang oleh Tokti juga pasti kelihatan kelibat Dayah disisi untuk mengawasi Aafiyah dan juga membantu Tokti melayani keletah dan gelagat Aafiyah.

Muatnaik gambar terkini beliau di instagram, tanpa sedar Dayah juga telahpun mengumpul sebilangan peminat beliau yang tersendiri. Menariknya, Tokti turut mengalkan komen di ruangan komen Instagram Dayah bagi mengusik pembantunya itu dalam loghat terengganu.

View this post on Instagram

I perhati je you ni…👀😏

A post shared by MT11 🐝 (@dayahzubit) on

Menurut pengikut akaun Instagram Dayah, pembantu Tokti itu berasal daripada Terengganu. Rata-rata netizen terhibur dengan usikan Tokti itu kerana ayat yang digunakan Tokti agak kelakar.

Seronoknya dapat majikan yang sangat penyayang dan baik hati macam Tokti ni kan. Tambahan pula jika majikan itu merupakan artis nombor satu negara dan mempunyai peminat yang sangat ramai. Memang bertuah betul Dayah berpeluang bekerja bersama Tokti.

Sumber : Instagram dayahzubit

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.