Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sikap pemurah dan hati yang baik kerana sentiasa membantu menghulurkan pertolongan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sebelum ini beliau pernah menyuarakan hasrat untuk membuka kedai runcit dengan harga murah bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan keperluan dengan harga murah bagi kegunaan mereka.
Ustaz Ebit berharap dengan adanya kedai runcit harga murah tersebut dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan keperluan seharian. Kini impian Ustaz Ebit itu bakal menjadi kenyataan kerana tidak lama lagi cawangan pertamanya akan mula dibuka pada minggu hadapan.
Tular baru baru ini penyanyi Tokki yang tinggal di rumah using turut diziarahi oleh Ustaz Ebit dan turut dihulurkan bantuan. Perkembangan terbaru Tokki telah dipindahkan ke sebuah rumah sewa dan tidak perlu membayar sewa selama setahun. Begitu mulia hati Ustaz Ebit Lew. Keperibadian beliau sangat dikagumi oleh orang ramai.
Menerusi instagram Ustaz Ebit mengumumkan perkara tersebut kepada para pengikut beliau. Beliau turut berkongsi gambar beberapa barangan dengan harga yang tidak masuk akal seperti susu yang hanya berharga 70 sen dan juga biskut yang berharga 90 sen. Perkara tersebut membuatkan orang ramai sudahpun teruja dan tidak sabar lagi menanti pembukaan kedai beliau itu.
Menurut Ustaz Ebit, cawangan awal yang bakal dibuka adalah pada 18 Julai iaitu cawangan Bandar Baru Bangi. Kemudian diikuti dengan Cawangan Kajang pada 19 julai pula.
Menerusi tinjauan diruangan komen, ramai yang mendoakan semoga rezeki Ustaz Ebit berlipat kali ganda dan diberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang telah beliau lakukan sepanjang hayat beliau ini.
Sesungguhnya Ustaz Ebit mempunyai akhlak yang sangat terpuji dan semakin hari semakin ramai yang mendoakan Ustaz Ebit dan semakin bertambah murah lah rezeki Ustaz Ebit selepas ini.
Sumber: Instagram ebitlew
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.