Hiburan

Hak penjagaan selesai. Namun Dato Chef Wan kecewa apabila cucu-cucunya berpisah

Dato’ Chef Wan, atau nama sebenarnya Chef Dato’ (Dr) Redzuawan bin Ismail merupakan seorang chef, pengacara dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Terdahulu Dato Chef Wan pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 1982 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohd Nadzri dan Serina. Walaubagaimanapun perkahwinan beliau bersama Norhayati binti Ayub itu tidak kekal lama dan mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan hidup masing-masing tidak lama kemudian.

Figura ini sangat dikenali kerana trademark beliau yang sering berleter ala nenek-nenek di kampung sewaktu berinteraksi bersama penonton.

Kerap memuatnaik kisah kehidupan beliau di media sosial, Dato Chef Wan cukup dikenali para netizen atas layanan baik beliau terhadap ibundanya yang tercinta iaitu Mak Ani. Dato Chef Wan juga sangat dikagumi kerana begitu menyantuni ibu dan bekas isterinya.

Kali ini beliau berkongsi mengenai hasil keputusan perbicaraan hak penjagaan anak-anak Serina Redzuan yang berlanjutan hampir 3 tahun. Setelah meneliti pelbagai aspek, mahkamah membuat keputusan untuk memberikan hak penjagaan anak lelaki Serina iaitu Tristan kepada bekas suaminya.

Dato Chef Wan sangat kecewa dengan keputusan mengejutkan itu dan meluahkan perasaan terkilan beliau kepada para pengikutnya di Instagram.

View this post on Instagram

Alhamdulilah after almost 3 years since my daughter divorce and battling for custody of her 2 children Tristan dan Isabella the court has decided that Serina will have custody of her daughter Isabella while Tristan will be with the father. I am sure its a disappointment for both parent to hear this. But on our side at least we won part of the battle that include also not allowing my grandchildren to spent the nite at my home! All accusation was not accepted by court dan digugur kan!πŸ€²πŸ€²πŸ™ŠπŸ™ˆ. Niat Jahat mereka nak aniaya dan pisah kan saya dengan cucu2 and be seen as a bad grandpa Allah kena kan balik sebiji pada muka mereka! I still cannot comprehend after Serina gave all her testimony about how " unislamic" way of life the father is that my grandson was given custody to the father? Tentu sekali ini menjadi satu persoalan yang besar. I just have no answer for that. Yes we were told that both the kids were being asked which parent they want to be with? Naturally after 3 years living with the father the kids will agreed to live with the father. Kids at that age are easily influence pun and cannot make decision on their own. I hate to see both the siblings being seperated. Insyallah we will appeal nanti. Baik apa pun both parties now must make sure that both this siblings will spent time together on both weekends of the months on either sides. I told my daughter, " Look week days the kids are busy at school pun.And weekends both parties will have both the kids together at the same time on both sides". I guess this is the only way to please both parties. I hate all this child custody as it seem so messy. Tetapi kita orang islam tak boleh tutup sebelah mata takut di akhirat nanti di tuntut bila akidah cucu2 kita tak betul islamnya. For now i guess we have to just accept and respect the court decision to please both parties. Susah bila Kawin Agama dan Bangsa lain ini. So complicated nak handle pun dari segi hak menjaga anak2 ini. Saya juga pening kepala.. Kita kawin kan mereka elok2 ..habis duit beratus ratus ribu. Kita ingat jadi bapa ini la pengorbanan kita. Di akhirnya kita juga terpaksa menanggung semua ini. πŸ€­πŸ€­πŸ˜πŸ˜πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Turut bersimpati dengan nasib yang melanda Serina, para pengikut akaun Instagram Dato Chef Wan turut mendoakan supaya urusan untuk mendapatkan semula hak penjagaan cucu lelaki Dato Chef Wan itu dipermudah.

Ramai juga yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah yang memisahkan mereka berdua sebagai adik beradik hanya kerana untuk memenuhi hak penjagaan kepada kedua-dua ibu dan bapa.

Kasihan kanak-kanak yang terpisah kerana masalah ibu bapa. Sekiranya terpisah sudah pasti kenangan zaman kanak-kanak mereka semasa usia kecil juga amat terhad. Semoga ada jalan keluar nanti buat Serina dan juga anak-anak.

Sumber: Instagram _chefwan58

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.