Hiburan

“Hensem laki dpn Kak Lina”, Adik Cikgu Azlan jadi perhatian netizen

Mengambil keputusan untuk menamatkan status ibu tunggal bersama seorang Cikgu Geografi yang bernama Mohamad Azlan sejak awal tahun yang lalu, Elly Mazlein yang lebih mesra di sapa sebagai Kak Lina kini sedang dilamun bahagia dan kelihatan semakin berseri-seri sejak melangsungkan perkahwinan kali kedua ini. Orang kata masih lagi dalam fasa berbulan madu sebagai pasngan suami isteri.

Menyingkap perkembangan terkini Kak Lina, beliau kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kampung People bagi musim kedua. Watak yang dibawa beliau iaitu watak sebagai Minah Selamat kini begitu sinonim dengan diri beliau serta menerima sambutan yang baik oleh para penonton.

Sejak berkahwin dengan Cikgu Azlan, kehidupan Kak Lina kelihatan sangat bahagia dan beliau juga sudah semakin selesa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga barunya yang berasal daripada Kelantan.

Menerusi entri terbaru Kak Lina, beliau berkongsi sekeping gambar di Instagram dirinya dan suami keluar makan bersama seorang lagi lelaki yang dipercayai ahli keluarga sebelah suami Kak Lina.

Memuatnaik gambar tersebut bersama caption yang mengatakan kebanyakkan lelaki dari Kelantan kacak, beliau juga sempat “mempromosikan” lelaki yang merupakan ahli keluarga sebelah suami Kak Lina itu yang masih lagi bujang.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen kerana bersetuju dengan kenyataan Kak Lina. Mereka juga turut memuji wajah kacak lelaki yang merupakan ahli keluarga suami Kak Lina itu.

Kalau dibaca caption instagram Kak Lina mengikut intonasi loghat Kelantan yang betul memang kelakar dan mencuit hati dibuatnya. Wah sejak berkahwin dengan orang Kelantan ni dah makin pandai Kak Lina cakap Kelantan.

Selepas mengharungi episod duka kegagalan rumahtangga yang lalu, mudah-mudahan kebahagiaan yang dikecapi Kak Lina kini akan berkekalan sampai bila-bila. Kami doakan.

Sumber: Instagram iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.