Hiburan

Fasha Sandha dedah maksud nama Aisha Amaira, anak kelimanya

Aidil dan Fasha yang telah menerima kelahiran puteri sulung mereka pada hari jumaat yang lalu. Pengumuman mengenai kelahiran tersebut telahpun dilakukan oleh Aidil menerusi laman Instagram peribadi milik beliau. Beliau memanjatkan rasa syukur kepada Allah di atas kelahiran tersebut dan turut memberikan ucapan terima kasih buat isteri tersayang Fasha yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan puteri sulung mereka.

Terdahulu Aidil dan Fasha telah mendirikan rumahtangga pada Mac 2019. Sebelum mendirikan rumahtangga bersama Aidil, Fasha sebelum ini telahpun mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2012. Namun mereka kemudiannya bercrai pada 2016.

Teruja pertama kali bergelar bapa, Aidil berkata beliau akan bercuti selama sebulan untuk menjaga Fasha sepanjang tempoh berpantang.

Aidil dan Fasha telah mengumumkan nama puteri sulung mereka ialah Aisha. Walaubagaimanapun menerusi entri terkini di Instagram Aidil, beliau menjelaskan lebih lanjut mengenai maksud nama anak mereka. Nama pilihan mereka ialah Aisha Amaira yang membawa maksud Hidup Bahagia Cantik Selamanya.

Ramai memuji pilihan nama yang dipilih untuk anak mereka itu. Rata-rata netizen juga bersetuju nama yang dipilih membawa maksud yang sangat indah. Mereka juga turut mendoakan agar Aisha membesar menjadi anak yang solehah dan cantik seperti ibunya.

Sementara itu, Fasha Sandha mendedahkan Aisha Amaira adalah anak kelimanya setelah mengalami dua keguguran sebelum ini.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, . Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi…. Nama saya , AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL Yang membawa maksud, Bahagia dan Cantik Selamanya. ❤️ Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah. . Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau… lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga. Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner. . Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan. ❤️🤗 @kam2u . Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night 🤗😁 Love, Aisha Amaira ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Tahniah diucapkan buat pasgan ini sekali lagi. Mudah-mudahan kehadiran buah hati baru ini akan menambah lagi kebahagiaan dalam rumahtangga buat pasngan ini.

Sumber: Instagram itsaidilaziz

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.